Memberitahu tentang Keadaan Kesihatan yang Kurang Memuaskan

Untuk memberitahu keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, anda hanya perlu mengenal pasti nama penyakit menerusi kamus dan letakannya di selepas perkataan: عِنْدِي Contohnya: عِنْدِي زُكَام Saya selsema. Huruf ya’ (ي) di selepas perkataan عِنْد boleh disesuaikan dengan perujukan kata ganti nama diri. Misalnya عِنْدَكَ (kamu). هَلْ عِنْدَكَ زُكَام؟ Adakah kamu selsema?