Nota Bahasa Arab | Maf‘ul Mutlaq sebagai Penentu Maksud Fi‘il

Antara fungsi maf’ul mutlaq ialah sebagai penentu maksud sesuatu fi‘il yang mempunyai lebih daripada satu makna. Contohnya fi‘il رَأَى يَرَى. Fi‘il ini boleh membawa beberapa maksud, antaranya melihat dengan mata, berpandangan (pendapat) dan melihat dalam mimpi. Perbezaan antara ketiga-tiga makna ini terletak pada masdarnya. Jika maksudnya melihat dengan mata, masdarnya ialah رُؤْيَة. Jika membawa makna […]