Anda mungkin tidak pernah mempelajari bahasa Arab atau sebaliknya. Namun, anda merasakan prosesnya agak lama sehingga adakalanya terasa terbeban, putus asa atau hilang semangat. Menerusi Kelas Bahasa Arab Aljahiz, kami sedaya upaya berusaha untuk mengimbangi segala aspek yang diperlukan oleh seseorang penuntut bahasa Arab untuk mencapai matlamat terakhirnya iaitu mampu bercakap dan menulis hampir seperti orang Arab.
Ikuti rakaman sesi penuh kelas untuk melihat contoh bahan dan cara pembelajaran di KBA Aljahiz.
Pendekatan pembelajaran yang terbukti berkesan dan fleksibel.
Pembelajaran akan bermula daripada tahap yang paling asas. Menjadikan kelas ini amat sesuai walaupun peserta belum pernah mempelajari bahasa Arab langsung sebelum ini. Manakala jika peserta pernah mempelajari bahasa Arab sebelum ini, bahagian asas ini merupakan satu ulangkaji untuk mantapkan kefahaman sebelum pergi kepada perbincangan yang lebih terperinci dan kompleks dalam Modul Aljahiz. Di akhir modul, semua peserta akan mencapai tahap yang sama.
Semua peserta akan mendapat bimbingan secara personal melalui aplikasi Telegram. Peserta boleh menghubungi jurulatih Aljahiz pada bila-bila masa sahaja untuk menghantar latihan atau bertanya sebarang soalan.
Kelas secara 'live' juga akan dijalankan seminggu sekali melalui Google Meet. Ini bererti, selain daripada dapat berhubung terus dengan jurulatih pada bila-bila masa, peserta juga akan dapat bertemu dengan jurulatih masing-masing secara atas talian setiap minggu.
Sepanjang penyertaan dalam KBA Telegram Aljahiz, peserta akan dibekalkan dengan banyak latihan untuk membentuk kemahiran membina ayat dengan struktur yang betul. Di peringkat seterusnya, peserta akan didedahkan tentang i'rab dan juga tadabbur al-Quran serta sebahagian bacaan dalam solat. Semua ini akan disentuh sepanjang 120 pelajaran ini. Ini bererti, di akhir modul ini, setelah membina lebih 1200 ayat dengan betul, peserta akan mempunyai kemahiran binaan ayat bahasa Arab yang kukuh, kefahaman Nahu dan Sorof dan juga konsep-konsep penting dalam Ilmu Balaghah yang diterapkan secara tidak langsung.
Pemilihan kosa kata dalam penggunaan sesuatu bahasa amat penting. Ini kerana, kosa kata yang kita sepatutnya gunakan adalah yang paling kerap digunakan oleh penutur jati. Jika seorang pelajar belajar sendiri tanpa bimbingan guru yang mahir, kebarangkalian untuk pelajar tersebut menggunakan kosa kata pada tempat yang salah adalah tinggi. Oleh itu, dalam KBA Telegram Aljahiz, peserta telah dibekalkan dengan kosa kata yang telah dipilih dengan teliti dan sesuai mengikut tahap. Semakin banyak pelajaran yang diselesaikan peserta, semakin tinggi pendedahan terhadap kosa kata yang diberikan.
Di Aljahiz, peserta boleh mempelajari bahasa Arab tanpa perlu terikat dengan sebarang masa atau tempat. Ianya 100% fleksibel mengikut masa peserta. Untuk pelajaran utama (PDF), pada bila-bila masa sahaja peserta boleh membaca, menghubungi jurulatih, menghantar latihan dan juga bertanya soalan kepada jurulatih. Manakala untuk kelas Google Meet, rakaman turut disediakan seandainya peserta tidak sempat mengikuti kelas secara 'live'.