Rakaman Kelas Ilmu Nahu
Huraian Matan
Alfiyyah Ibn Malik

Belajar Atas Talian
Pelajari Alfiyyah Ibn Malik melalui video-video rakaman Kelas Huraian Alfiyyah Ibn Malik oleh al-Fadhil Ustaz Ashafizrol Ab Hamid.

Pembelajaran Berfokus
Pembelajaran akan difokuskan kepada fakk al-alfaz dan juga huraian syawahid-syawahid Nahu yang penting dalam setiap topik.
INFO
MAKLUMAT TENTANG ALFIYYAH IBNU MALIK

PENGARANG
Abu Abdillah Jamal al-Din Muhammad bin Abdillah bin Malik yang dilahirkan di al-Andalus (Sepanyol sekarang) pada tahun 600 H.

Pengaruh Alfiyyah Ibnu Malik
Kehadiran Alfiyyah Ibnu Malik dalam lapangan kajian ilmu Nahu dan Sorof telah banyak mengubah landskap pembelajaran ilmu Nahu dan Sorof itu sendiri. Kebanyakan buku-buku Nahu yang dikarang selepas Ibnu Malik terkesan dengan beliau daripada pelbagai aspek.
Ini bererti, menguasai Alfiyyah Ibnu Malik ialah kunci utama untuk menguasai perbahasan ilmu Nahu dan Sorof.

Mendapat Perhatian Ulama
Alfiyyah ini juga mendapat perhatian ramai para ulama dan penuntut ilmu sejak mula dikarang sehingga ke hari ini. Sehingga dikatakan terdapat sukarang-kurangnya 90 syarah terhadap alfiyyah ini yang telah dikarang.
Contoh Suasana di Dalam Kelas
Setiap rakaman kelas mempunyai durasi 2 jam ke atas dan diakhiri dengan sesi Q&A.
RAKAMAN KELAS
BUTIRAN RAKAMAN
Untuk Siapa Rakaman Ini?
Sesiapa sahaja yang ingin mempelajari Alfiyyah Ibn Malik atau telah melepasi tahap permulaan dan sekurang-kurangnya telah selesai mempelajari al-Ajurrumiyyah.
Durasi Video Rakaman
Setiap video mempunyai durasi 2 jam dan ke atas.
Berapakah Harganya?
Anda boleh mendapatkan rakaman untuk setiap 4 sesi kelas ini hanya dengan RM50 sahaja.
Bersamaan dengan 8 jam+ video rakaman.
Bagaimana untuk dapatkan rakaman?
Untuk dapatkan rakaman atau bertanya soalan lebih lanjut, hubungi kami melalui butang berikut.

Objektif Pembelajaran
Supaya peserta dapat hubungkaitkan setiap bait Alfiyyah yang telah dipelajari di antara satu sama lain dan dapat ingat semua syawahid yang jumlahnya melebihi jumlah bait Alfiyyah itu sendiri.
Dalam kelas ini, peserta akan dibimbing untuk memahami Alfiyah Ibn Malik, syawahid-syawahid yang biasa digunakan oleh ulamak-ulamak yang menghurai Alfiyah Ibn Malik termasuklah Ibn ‘Aqil, contoh-contoh dan apa sahaja yang berkaitan.