PEMANTAPAN ASAS SECARA MENYELURUH

KBA ALJAHIZ

Anda mungkin tidak pernah mempelajari bahasa Arab atau sebaliknya. Namun, anda merasakan prosesnya agak lama sehingga adakalanya terasa terbeban, putus asa atau hilang semangat. Menerusi Kelas Bahasa Arab Aljahiz, kami sedaya upaya berusaha untuk mengimbangi segala aspek yang diperlukan oleh seseorang penuntut bahasa Arab untuk mencapai matlamat terakhirnya iaitu mampu bercakap dan menulis hampir seperti orang Arab.

InsyaAllah dengan modul yang kami rangka dan usaha gigih anda, kita sama sama bergerak untuk sampai ke matlamat tersebut dan seterusnya dapat memahami sedikit sebanyak kalam Allah subhanahu wa ta'ala dan kalam rasulNya shallallahu 'alayhi wa sallam.
Daftar Sekarang
PRA-TONTON

Pra-tonton Sesi Pembelajaran

Ikuti rakaman sesi penuh kelas untuk melihat contoh bahan dan cara pembelajaran di KBA Aljahiz.

Keistimewaan Program

Kenapa Pilih Aljahiz?

Pendekatan pembelajaran yang terbukti berkesan dan fleksibel.

Bermula Dari Asas

Pembelajaran akan bermula daripada tahap yang paling asas. Menjadikan kelas ini amat sesuai walaupun peserta belum pernah mempelajari bahasa Arab langsung sebelum ini. Manakala jika peserta pernah mempelajari bahasa Arab sebelum ini, bahagian asas ini merupakan satu ulangkaji untuk mantapkan kefahaman sebelum pergi kepada perbincangan yang lebih terperinci dan kompleks dalam Modul Aljahiz. Di akhir modul, semua peserta akan mencapai tahap yang sama.

Bimbingan Secara Personal

Semua peserta akan mendapat bimbingan secara personal melalui aplikasi Telegram. Peserta boleh menghubungi jurulatih Aljahiz pada bila-bila masa sahaja untuk menghantar latihan atau bertanya sebarang soalan.

Kelas Live Google Meet

Kelas secara 'live' juga akan dijalankan seminggu sekali melalui Google Meet. Ini bererti, selain daripada dapat berhubung terus dengan jurulatih pada bila-bila masa, peserta juga akan dapat bertemu dengan jurulatih masing-masing secara atas talian setiap minggu.

Latih Tubi Yang Berterusan

Sepanjang penyertaan dalam KBA Telegram Aljahiz, peserta akan dibekalkan dengan banyak latihan untuk membentuk kemahiran membina ayat dengan struktur yang betul. Di peringkat seterusnya, peserta akan didedahkan tentang i'rab dan juga tadabbur al-Quran serta sebahagian bacaan dalam solat. Semua ini akan disentuh sepanjang 120 pelajaran ini. Ini bererti, di akhir modul ini, setelah membina lebih 1200 ayat dengan betul, peserta akan mempunyai kemahiran binaan ayat bahasa Arab yang kukuh, kefahaman Nahu dan Sorof dan juga konsep-konsep penting dalam Ilmu Balaghah yang diterapkan secara tidak langsung.

Pengkayaan Kosa Kata

Pemilihan kosa kata dalam penggunaan sesuatu bahasa amat penting. Ini kerana, kosa kata yang kita sepatutnya gunakan adalah yang paling kerap digunakan oleh penutur jati. Jika seorang pelajar belajar sendiri tanpa bimbingan guru yang mahir, kebarangkalian untuk pelajar tersebut menggunakan kosa kata pada tempat yang salah adalah tinggi. Oleh itu, dalam KBA Telegram Aljahiz, peserta telah dibekalkan dengan kosa kata yang telah dipilih dengan teliti dan sesuai mengikut tahap. Semakin banyak pelajaran yang diselesaikan peserta, semakin tinggi pendedahan terhadap kosa kata yang diberikan.

Belajar Dari Mana Sahaja!

Di Aljahiz, peserta boleh mempelajari bahasa Arab tanpa perlu terikat dengan sebarang masa atau tempat. Ianya 100% fleksibel mengikut masa peserta. Untuk pelajaran utama (PDF), pada bila-bila masa sahaja peserta boleh membaca, menghubungi jurulatih, menghantar latihan dan juga bertanya soalan kepada jurulatih. Manakala untuk kelas Google Meet, rakaman turut disediakan seandainya peserta tidak sempat mengikuti kelas secara 'live'.

120
Pelajaran Peringkat Asas
12
Bulan Tempoh Belajar
4
Kelas Google Meet Setiap Bulan
10
Pelajaran Setiap Bulan
📋 Cara Pembelajaran

Bagaimana Cara Belajar Di Kelas Ini?

Proses pembelajaran yang mudah dan berkesan untuk memastikan kejayaan anda.

1

Terima Bahan Pembelajaran

Setiap 3 hari, peserta akan diberikan file PDF melalui Group Telegram. Bahan ini mengandungi pelajaran yang disusun secara sistematik untuk memudahkan pembelajaran.

2

Baca & Jawab Latihan

Peserta perlu membaca PDF dan menjawab latihan yang disediakan kemudian menghantarnya kepada jurulatih untuk disemak secara personal (Private Message).

3

Semakan & Bimbingan

Melalui semakan ini, peserta boleh menyemak semula kesilapan sendiri seterusnya juga bertanya sebarang kemusykilan. Jurulatih akan memberikan penerangan sama ada melalui teks bertulis ataupun audio (Voice Recording).

4

Kelas Live Google Meet

Kelas Google Meet akan diadakan sekali setiap minggu bermula jam 8.30 – 10.30 malam. Rakaman untuk kelas ini disediakan untuk rujukan kemudian.

PERJALANAN 12 BULAN ANDA

Silibus Penuh KBA AlJahiz

Perincian lengkap topik-topik yang anda akan pelajari bermula dari kosong sehingga mampu menguasai asas bahasa Arab dengan baik!

BULAN 01

Pelajaran 1 - 10

  • Pel 1 Kata Ganti Nama Diri Bebas dalam Bahasa Arab
  • Pel 2 Kata Ganti Nama Diri Terikat dalam Bahasa Arab
  • Pel 3 Kata Kerja Bahasa Arab; FI'IL MADHI
  • Pel 4 Kata Kerja Bahasa Arab; FI'IL MUDHARI'
  • Pel 5 Kata Kerja Bahasa Arab; FI'IL AMAR
  • Pel 6 Pembahagian Kata Kerja Bahasa Arab Berdasarkan Bilangan Huruf. Fi'il Empat Huruf الفِعْل الرُّبَاعِي Pattern - أَخْبَرَ يُخْبِرُ
  • Pel 7 .. دَرَسَ - يُدَرِّسُ Pattern الفعل الرباعي Fi'il Empat Huruf)
  • Pel 8 ( سَاعَدَ - يُسَاعِدُ Pattern الفعل الرباعي Fi'il Empat Huruf)
  • Pel 9 )Fi'il Lima Huruf الفِعْل الخماسي Pattern - تَعَلَّمَ يَتَعَلَّمُ(
  • Pel 10 . (تَكَاتَفَ - يَتَكَاتَفُ Pattern الفعل الخماسي Fi'il Lima Huruf)
BULAN 02

Pelajaran 11 - 20

  • Pel 11 اجْتَهَدَ - يَجْتَهِدُ Pattern الفعل الخماسي Fi'il Lima Huruf)
  • Pel 12 Fi'il Enam Huruf Pattern - اسْتَغْفَرَ يَسْتَغْفِرُ( + Berkaitan "Ini"
  • Pel 13 Pembahagian Fi'il Berdasarkan Jenis Huruf Yang Terkandung di dalamnya;. Fiil Salim )الفعل السالم dan Mahmuz الفعل المهموز
  • Pel 14 Pembahagian Fi'il Berdasarkan Jenis Huruf Yang Terkandung di dalamnya. Fi'il Mudha'af )الفِعْل المُضَعَف(
  • Pel 15 Pembahagian Fi'il Berdasarkan Jenis Huruf Yang Terkandung di dalamnya. الفعل المثال) Fi'il Mithal
  • Pel 16 Pembahagian Fi'il Berdasarkan Jenis Huruf Yang Terkandung di dalamnya;. الفعل الأجوف) Fi'il Ajwaf
  • Pel 17 Pembahagian Fi'il Berdasarkan Jenis Huruf Yang Terkandung di dalamnya. الفعل الناقص) Fi'il Naqis
  • Pel 18 Ayat Penyata
  • Pel 19 Fi'il Mudha'af BUKAN Tiga Huruf & Sambungan Latihan Ayat Penyata
  • Pel 20 Fi'il Ajwaf BUKAN Tiga Huruf & Sambungan Latihan Ayat Penyata
BULAN 03

Pelajaran 21 - 30

  • Pel 21 Fi'il Naqis BUKAN Tiga Huruf & Sambungan Latihan Ayat Penyata.
  • Pel 22 Ayat Nafi: Menafikan Fi'il Madhi (Menafikan Masa Lepas)
  • Pel 23 Ayat Nafi: Menafikan Fi'il Mudhari' (Menafikan Masa BUKAN Masa Lepas).
  • Pel 24 Ayat Nafi: Menafikan Ayat penyata yang tidak mengunakan fi'il sebagai salah satu unsur ayat (Rujuk pelajaran 18, jenis ayat KEDUA (i))...
  • Pel 25 Ayat Nafi: Menafikan Ayat penyata yang tidak mengunakan fi'il sebagai salah satu unsur ayat (Rujuk pelajaran 18, jenis ayat KEDUA (ii)).....
  • Pel 26 Ayat & Pembahagiannya; Dari Sudut Perkataan Yang Berada Di Pangkal Ayat.
  • Pel 27 Jumlah F'iliyyah: Aturan berkaitan Fi'il
  • Pel 28 Jumlah F'iliyyah: Aturan berkaitan Fail (i)
  • Pel 29 Jumlah F'iliyyah: Aturan berkaitan Fail (ii)
  • Pel 30 Jumlah F'iliyyah: OBJEK (i) Objek Kata Nama & Kata Ganti Nama Diri.
BULAN 04

Pelajaran 31 - 40

  • Pel 31 Jumlah F'iliyyah: OBJEK (ii) Rangkai Kata Fi'il Mudhari' Yang Terdapat أن Di Pangkalnya
  • Pel 32 Jumlah Ismiyyah: Bahagian 1; Aturan Berkaitan Mubtada' + Khabar Isim Jins
  • Pel 33 Jumlah Ismiyyah: Bahagian 2; Aturan Berkaitan Mubtada' Isim 'Alam & Isim Dhamir
  • Pel 34 Jumlah Ismiyyah: Bahagian 3; Aturan Berkaitan Mubtada' Isim Isyarah
  • Pel 35 Jumlah Ismiyyah: Bahagian 4; Aturan Berkaitan Mubtada' Isim Mausul.
  • Pel 36 Jumlah Ismiyyah: Bahagian 5; Aturan Berkaitan Mubtada' Isim Jins Tidak Beralif Lam Yang Digabungkan Dengan Isim Makrifah
  • Pel 37 Jumlah Ismiyyah: Bahagian 6; KHABAR - Khabar Bukan Jumlah (i) Keserasian Aspek Muzakkar & Muannath..
  • Pel 38 Jumlah Ismiyyah: Bahagian 7; KHABAR - Khabar Bukan Jumlah (ii) Keserasian Aspek Mufrad dan Muthanna
  • Pel 39 Jumlah Ismiyyah: Bahagian 8; KHABAR - Khabar Bukan Jumlah (iii) Keserasian Aspek Jamak.
  • Pel 40 Jumlah Ismiyyah: Bahagian 9; KHABAR - Khabar Jumlah Fi'liyyah
BULAN 05

Pelajaran 41 - 50

  • Pel 41 Jumlah Ismiyyah: Bahagian 10; KHABAR - Khabar Jumlah Fi'liyyah (Bilakah struktur ini diperlukan)
  • Pel 42 Jumlah Ismiyyah: Bahagian 11; KHABAR - Khabar Jumlah Ismiyyah
  • Pel 43 Jumlah Ismiyyah: Bahagian 12; KHABAR - Khabar Shibh Jumlah
  • Pel 44 Isim Jins beralif lam & Isim Jins Tidak Beralif Lam
  • Pel 45 Isim Jins Tidak Beralif Lam Dalam Ayat "Bukan Ayat Penyata"
  • Pel 46 Jumlah Ismiyyah sebagai FA'IL dan OBJEK
  • Pel 47 Fi'il Lazim & Fi'il Muta'addi
  • Pel 48 I'RAB: Bhg.1-Mabni & Mu'rab
  • Pel 49 I'RAB: Bhg.2 - Hukum-hukum I'rab.
  • Pel 50 I'RAB: Bhg.3 - Simbol-Simbol I'rab..
BULAN 06

Pelajaran 51 - 60

  • Pel 51 Fi'il Ma'lum & Fi'il Majhul
  • Pel 52 Bongkah Fi'il Majhul untuk Fi'il Ajwaf, Fi'il Mudha'af dan Fi'il Naqis.
  • Pel 53 Masdar: Pembentukan dan fungsi
  • Pel 54 Pembentukan Masdar Fi'il Ruba'i Pattern أَخْبَرَ يُخْبِرُ. Subtopik: Pembentukan Frasa Nama Mudhof + Mudhof Ilaih menggunakan MASDAR
  • Pel 55 Pembentukan Masdar Fi'il Rubai Pattern دَرسَ يُدَرِّسُ. Subtopik: Penggunaan Masdar Fi'il Muta'addi Berperantara.
  • Pel 56 Pembentukan Masdar Fi'il Rubai Pattern سَاعَدَ يُسَاعِدُ. Subtopik: Menukar OBJEK Rangkai Kata Fi'il Mudhari' Yang Terdapat أَنْ Di Pangkalnya kepada Masdar..
  • Pel 57 . تَعَلَّمَ يَتَعَلَّمُ . Pembentukan Masdar Fi'il Khumasi Pattern. Ulangkaji: Ulangkaji penggunaan Masdar pel. 53 hingga 56
  • Pel 58 Pembentukan Masdar Fi'il Khumasi Pattern تَكَاتَفَ يَتَكَاتَفُ. Ulangkaji: Ulangkaji penggunaan Masdar pel. 53 hingga 57
  • Pel 59 Pembentukan Masdar Fi'il Khumasi Pattern اِجْتَهَدَ يَجْتَهِدُ. Subtopik: Menukar FAIL Rangkai Kata Fi'il Mudhari' Yang Terdapat Di Pangkalnya kepada Masdar...
  • Pel 60 Pembentukan Masdar Fi'il Sudasi Pattern إِسْتَغْفَرَ يَسْتَغْفِرُ. Subtopik: Menukar Rangkai Kata Fi'il Mudhari' MAJHUL Yang Terdapat أن Di Pangkalnya kepada Masdar...
BULAN 07

Pelajaran 61 - 70

  • Pel 61 Fungsi rangkai kata + ب Huruf ب + Masdar tanpa alif lam(
  • Pel 62 Fungsi rangkai kata + Huruf ل + Masdar(
  • Pel 63 (إسم المصدر) Isim Masdar
  • Pel 64 Pembentukan Frasa Nama Mudhof + Mudhof Ilaih..
  • Pel 65 Menukar Fi'il Kepada MASDAR dan Fa'il Kepada MUDHOF ILAIH
  • Pel 66 Menukar Fi'il Kepada MASDAR dan MAF'UL BIHI Kepada MUDHOF ILAIH
  • Pel 67 Frasa Nama MUDHOF + MUDHOF ILAIH yang terdiri dari TIGA / EMPAT kalimah
  • Pel 68 Isim Fa'il
  • Pel 69 Isim Fa'il: Pembentukan Isim Fail Thulathi daripada Fi'il Mahmuz, Fi'il Mudha'af, Fi'il Mithal, Fi'il Ajwaf dan Fi'il Nagis.
  • Pel 70 Pembentukan Isim Fail BUKAN Thulathi
BULAN 08

Pelajaran 71 - 80

  • Pel 71 Sifah Musyabbahah (Bongkah yang setaraf dengan Isim Fa'il)
  • Pel 72 Frasa Nama Sifah & Mausuf menggunakan ISIM FA'IL dan SIFAH MUSYABBAHAH
  • Pel 73 Perincian keserasian aspek Makrifah & Nakirah di antara SIFAH + MAUSUF
  • Pel 74 Frasa Keterangan Cara & Keterangan Keadaan Menggunakan ISIM FA'IL dan SIFAH MUSYABBAHAH.
  • Pel 75 Isim Maf'ul
  • Pel 76 Isim Maf'ul: Pembentukan Isim Maf'ul Thulathi daripada Fi'il Mahmuz, Fi'il Mudha'af, Fi'il Mithal, Fi'il Ajwaf dan Fi'il Naqis.
  • Pel 77 Pembentukan Isim Maf'ul BUKAN Thulathi
  • Pel 78 ISIM MAF'UL yang berasal daripada Fi'il Muta'addi Berperantara
  • Pel 79 ISIM TAFDHIL: Pembentukan & Fungsi. Tajuk Ulang kaji: Asal usul Frasa Nama Sifah + Mausuf
  • Pel 80 Sambungan ISIM TAFDHIL: "paling / ter....".
BULAN 09

Pelajaran 81 - 90

  • Pel 81 Frasa Nama Sifah + Mausuf menggunakan Isim Tafdhil.
  • Pel 82 Isim yang dihubungkan dengan Ya' Nisbah / Ya' Nasab.
  • Pel 83 Siyagh Mubalaghah.
  • Pel 84 Sambungan Pelajaran Isim Tadhil..
  • Pel 85 Isim Jamid & Isim Musytaq
  • Pel 86 Jumlah dijadikan SIFAH dalam frasa nama SIFAH + MAUSUF
  • Pel 87 Ulangkaji Frasa Nama SIFAH + MAUSUF
  • Pel 88 Ulangkaji Frasa Nama MUDHOF + MUDHOF ILAIH.
  • Pel 89 Syibh Jumlah dijadikan SIFAH dalam frasa nama SIFAH + MAUSUF.
  • Pel 90 Jumlah Fi'liyyah dijadikan HAL
BULAN 10

Pelajaran 91 - 100

  • Pel 91 Jumlah Ismiyyah dijadikan HAL.
  • Pel 92 Hal Jumlah (Ismiyyah / Fi'liyyah) yang bermaksud [ sedangkan, padahal, walhal"]
  • Pel 93 Syibh Jumlah dijadikan HAL
  • Pel 94 Fi'il كان dan saudara-saudaranya )كان وَأَخَوَاتُهَا( - Bahagian 1
  • Pel 95 Fi'il كان dan saudara-saudaranya( )كانَ وَأَخَوَاتُهَا - Bahagian 2
  • Pel 96 Fi'il كان dan saudara-saudaranya( )كانَ وَأَخَوَاتُهَا - Bahagian 3...
  • Pel 97 memasuki Jumlah Ismiyyah yang khabarnya adalah jumlah fi'liyyah yang menggunakan fi'il mudhori'.
  • Pel 98 Fiil كان memasuki Jumlah Ismiyyah yang khabarnya adalah jumlah fi'liyyah yang menggunakan fi'il Madhi dan di pangkal fi'il madhi tersebut terdapat قدْ
  • Pel 99 Fiil لَيْسَ
  • Pel 100 Fiil
BULAN 11

Pelajaran 101 - 110

  • Pel 101 Fiil دام
  • Pel 102 Kumpulan إِنَّ : Perkataan )Hamzah kasrah(
  • Pel 103 Kumpulan إِنَّ : Perkataan أَنَّ )Hamzah Fathah(.
  • Pel 104 Kumpulan إِنَّ : Perkataan لَكِنَّ
  • Pel 105 Kumpulan إِنَّ : Perkataan كان
  • Pel 106 Kumpulan إِنَّ : Perkataan لَيْتَ dan لَعَلَّ
  • Pel 107 . أفعال الشروع ) -Fi'ilFi'il Syuru
  • Pel 108 Fi'il-Fi'il al-Muqarabah أَفْعَال المُقَارَبَة ..
  • Pel 109 Fiil-Fi'il al-Raja' ) أَفْعَال الرجاء Struktur-Struktur Melibatkan لَيْسَ
  • Pel 110 Struktur-Struktur Melibatkan كان
BULAN 12

Pelajaran 111 - 120

  • Pel 111 Punca Perubahan I'rab Fi'il Mudhori': Huruf Nasob bhg. 1
  • Pel 112 Punca Perubahan I'rab Fi'll Mudhori': Huruf Nasob bhg. 2
  • Pel 113 Punca Perubahan I'rab Fi'll Mudhori': Huruf Nasob bhg. 3
  • Pel 114 Punca Perubahan I'rab Fi'il Mudhori': Huruf Jazam bhg. 1.
  • Pel 115 Huruf Jar & Fungsinya : Bhg. 1
  • Pel 116 Huruf Jar & Fungsinya : Bhg. 2
  • Pel 117 Huruf Jar & Fungsinya : Bhg. 3
  • Pel 118 Huruf Jar & Fungsinya: Bhg. 4
  • Pel 119 Rumusan Pelajaran Lepas & Tips meningkatkan penguasaan bahasa Arab
  • Pel 120 Latihan Kemahiran Mendengar.
Bahan Pembelajaran

Contoh Bahan Pembelajaran

Daripada peringkat asas hingga lanjutan, lihat sebahagian daripada modul menarik kami. Klik untuk besarkan imej.

Pelajaran 2

Pelajaran 2

Pengenalan asas Kata Ganti Nama Diri.

Pelajaran 11

Pelajaran 11

Pengenalan kata kerja bahasa Arab dari aspek bilangan huruf. Topik kata kerja 5 huruf.

Pelajaran 15

Pelajaran 15

Pemantapan kemahiran konjugasi kata kerja dari sudut jenis huruf di dalamnya.

Pelajaran 44

Pelajaran 44

Mendalami konsep alif lam dalam bahasa Arab.

Pelajaran 53

Pelajaran 53

Memahami konsep masdar dalam bahasa Arab.

Pelajaran 64

Pelajaran 64

alTarkib al-Idhafi dan perbezaannya dengan al-Tarkib al-Wasfi.

Kelas Lanjutan 1

Kelas Lanjutan 1

Perincian jumlah ismiyyah dalam Pelajaran 122, KBA Lanjutan.

Kelas Lanjutan 2

Kelas Lanjutan 2

Topik al-Isnad al-Khabari dalam Ilmu al-Ma'ani.

Kelas Lanjutan 3

Kelas Lanjutan 3

Latihan pemahaman mendalam teks Arab.

Contoh Kelas

Contoh Kelas Google Meet

Alami sendiri bagaimana kelas-kelas kami dijalankan melalui video contoh di bawah.

Video 1

Penerangan topik al-Masdar oleh jurulatih.

Video 2

Contoh latihan binaan ayat bersama-sama jurulatih.

Video 3

Cara bina fi'il amar bagi fi'il mahmuz.

Info Penting

Ringkasan Kelas

Mula Belajar: 1 haribulan setiap bulan
Pengajar: Team Aljahiz & Ustaz Ashafizrol
Tempoh: 12 bulan (e-Sijil)
Pelajaran: 120 pelajaran (10/bulan)
Kelas Live: 4 kali/bulan (Sabtu/Selasa)
Bimbingan: Personal (one-to-one)
👨‍🎓 Tentang Pengasas

Tentang Penyusun Modul

Berkenalan dengan pengasas dan penyusun modul pembelajaran bahasa Arab yang berpengalaman.

Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Semua silibus pembelajaran dibangunkan oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid. Beliau merupakan pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz dan penulis pelbagai buku-buku pembelajaran bahasa Arab.

Telah bergelumang dengan dunia bahasa Arab selama lebih 30 tahun dan secara tidak langsung menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa utama beliau.

Buku-Buku Karangan al-Fadhil Ustaz

Huraian Matan al-Ajurrumiyyah edisi Jawi dan Rumi
Kata dan Frasa Bahasa Arab
Binaan Ayat Bahasa Arab
Bahasa Arab Praktikal
Nota Perbualan Bahasa Arab
Dan banyak lagi karangan lain yang boleh dilihat di Senarai Buku Terbitan Alasfiyaa.

📻 Radio IKIM.FM

Beliau juga merupakan pengisi slot Balaghatul Quran di Radio IKIM.FM setiap hari pada jam 7 petang.

🔴 LIVE SETIAP HARI
Pengalaman Peserta

Bagaimana Dengan Peserta Sebelum Ini?

Lihat pengalaman dan maklum balas daripada para peserta.

Puan Khamisah

Puan Yusliza

Salah Seorang Peserta Aljahiz

Tuan Syafiq dan Tuan Omar Satari

Puan Rohani

Puan Annet dan Puan Sarah

Soalan Lazim

Ada Pertanyaan?

Klik soalan untuk dapatkan jawapan.

Secara ringkas, bagaimana kelas ini berjalan?

Kelas akan berjalan melalui aplikasi Telegram dan Google Meet. Peserta akan menerima 10 pelajaran setiap bulan dalam bentuk PDF. Kemudiannya, peserta dikehendaki membaca pelajaran dan menjawab latihan untuk dihantar kepada jurulatih. Sekali setiap minggu (4 kali sebulan) peserta akan bertemu dengan jurulatih masing-masing melalui Google Meet untuk sesi pembelajaran secara langsung.

Saya belum pernah belajar bahasa Arab, sesuaikah kelas ini dengan saya?

Modul ini sememangnya sesuai jika tuan puan belum pernah mempelajari bahasa Arab. Cukup jika tuan puan sudah mahir membaca al-Quran, maka tuan puan layak untuk sertai kelas ini.

Saya sudah pernah belajar bahasa Arab, perlukah saya sertai kelas ini?

Kelas ini akan mendedahkan kepada peserta tentang asas bahasa Arab secara menyeluruh. Jika tuan puan belum mampu untuk membina ayat bahasa Arab dengan struktur ayat sama seperti orang Arab atau membaca tulisan Arab tanpa baris, inilah kelas yang sesuai untuk tuan puan bermula!

Apa kemahiran yang saya akan dapat di akhir kelas ini nanti?

Kelas ini akan fokuskan pembinaan kata, pembentukan ayat dengan stuktur yang betul dan juga topik-topik utama dalam Nahu dan Sorof. Ringkasnya, binaan ayat dan i’rab merupakan salah satu hasil utama yang peserta akan perolehi.

Dalam kelas ini ada latihan bercakap bahasa Arab tak?

Kemahiran bercakap merupakan natijah daripada kemahiran seseorang membina ayat dengan struktur yang betul. Setelah mempunyai kemahiran membina ayat dengan struktur yang betul melalui lebih 1200 latihan, maka kemahiran bercakap akan menjadi lebih mudah.

Masih ada pertanyaan lain?

Hubungi Kami