PEMANTAPAN ASAS SECARA MENYELURUH

KBA ALJAHIZ

Anda mungkin tidak pernah mempelajari bahasa Arab atau sebaliknya. Namun, anda merasakan prosesnya agak lama sehingga adakalanya terasa terbeban, putus asa atau hilang semangat. Menerusi Kelas Bahasa Arab Aljahiz, kami sedaya upaya berusaha untuk mengimbangi segala aspek yang diperlukan oleh seseorang penuntut bahasa Arab untuk mencapai matlamat terakhirnya iaitu mampu bercakap dan menulis hampir seperti orang Arab.

InsyaAllah dengan modul yang kami rangka dan usaha gigih anda, kita sama sama bergerak untuk sampai ke matlamat tersebut dan seterusnya dapat memahami sedikit sebanyak kalam Allah subhanahu wa ta'ala dan kalam rasulNya shallallahu 'alayhi wa sallam.
Daftar Sekarang
PRA - TONTON
Keistimewaan Program

Kenapa Pilih Al Jahiz?

Pendekatan pembelajaran yang terbukti berkesan dan fleksibel.

Bermula Dari Asas

Pembelajaran akan bermula daripada tahap yang paling asas. Menjadikan kelas ini amat sesuai walaupun peserta belum pernah mempelajari bahasa Arab langsung sebelum ini. Manakala jika peserta pernah mempelajari bahasa Arab sebelum ini, bahagian asas ini merupakan satu ulangkaji untuk mantapkan kefahaman sebelum pergi kepada perbincangan yang lebih terperinci dan kompleks dalam Modul Aljahiz. Di akhir modul, semua peserta akan mencapai tahap yang sama.

Bimbingan Secara Personal

Semua peserta akan mendapat bimbingan secara personal melalui aplikasi Telegram. Peserta boleh menghubungi jurulatih Aljahiz pada bila-bila masa sahaja untuk menghantar latihan atau bertanya sebarang soalan.

Kelas Live Google Meet

Kelas secara 'live' juga akan dijalankan seminggu sekali melalui Google Meet. Ini bererti, selain daripada dapat berhubung terus dengan jurulatih pada bila-bila masa, peserta juga akan dapat bertemu dengan jurulatih masing-masing secara atas talian setiap minggu.

Latih Tubi Yang Berterusan

Sepanjang penyertaan dalam KBA Telegram Aljahiz, peserta akan dibekalkan dengan banyak latihan untuk membentuk kemahiran membina ayat dengan struktur yang betul. Di peringkat seterusnya, peserta akan didedahkan tentang i'rab dan juga tadabbur al-Quran serta sebahagian bacaan dalam solat. Semua ini akan disentuh sepanjang 120 pelajaran ini. Ini bererti, di akhir modul ini, setelah membina lebih 1200 ayat dengan betul, peserta akan mempunyai kemahiran binaan ayat bahasa Arab yang kukuh, kefahaman Nahu dan Sorof dan juga konsep-konsep penting dalam Ilmu Balaghah yang diterapkan secara tidak langsung.

Pengkayaan Kosa Kata

Pemilihan kosa kata dalam penggunaan sesuatu bahasa amat penting. Ini kerana, kosa kata yang kita sepatutnya gunakan adalah yang paling kerap digunakan oleh penutur jati. Jika seorang pelajar belajar sendiri tanpa bimbingan guru yang mahir, kebarangkalian untuk pelajar tersebut menggunakan kosa kata pada tempat yang salah adalah tinggi. Oleh itu, dalam KBA Telegram Aljahiz, peserta telah dibekalkan dengan kosa kata yang telah dipilih dengan teliti dan sesuai mengikut tahap. Semakin banyak pelajaran yang diselesaikan peserta, semakin tinggi pendedahan terhadap kosa kata yang diberikan.

Belajar Dari Mana Sahaja!

Di Aljahiz, peserta boleh mempelajari bahasa Arab tanpa perlu terikat dengan sebarang masa atau tempat. Ianya 100% fleksibel mengikut masa peserta. Untuk pelajaran utama (PDF), pada bila-bila masa sahaja peserta boleh membaca, menghubungi jurulatih, menghantar latihan dan juga bertanya soalan kepada jurulatih. Manakala untuk kelas Google Meet, rakaman turut disediakan seandainya peserta tidak sempat mengikuti kelas secara 'live'.

120
Pelajaran Peringkat Asas
12
Bulan Tempoh Belajar
4
Kelas Google Meet Setiap Bulan
10
Pelajaran Setiap Bulan
📋 Cara Pembelajaran

Bagaimana Cara Belajar Di Kelas Ini?

Proses pembelajaran yang mudah dan berkesan untuk memastikan kejayaan anda.

1

Terima Bahan Pembelajaran

Setiap 3 hari, peserta akan diberikan file PDF melalui Group Telegram. Bahan ini mengandungi pelajaran yang disusun secara sistematik untuk memudahkan pembelajaran.

2

Baca & Jawab Latihan

Peserta perlu membaca PDF dan menjawab latihan yang disediakan kemudian menghantarnya kepada jurulatih untuk disemak secara personal (Private Message).

3

Semakan & Bimbingan

Melalui semakan ini, peserta boleh menyemak semula kesilapan sendiri seterusnya juga bertanya sebarang kemusykilan. Jurulatih akan memberikan penerangan sama ada melalui teks bertulis ataupun audio (Voice Recording).

4

Kelas Live Google Meet

Kelas Google Meet akan diadakan sekali setiap minggu bermula jam 8.30 – 10.30 malam. Rakaman untuk kelas ini disediakan untuk rujukan kemudian.

Bahan Pembelajaran

Contoh Bahan Pembelajaran

Daripada peringkat asas hingga lanjutan, lihat sebahagian daripada modul menarik kami. Klik untuk besarkan imej.

Pelajaran 2

Pelajaran 2

Pengenalan asas Kata Ganti Nama Diri.

Pelajaran 11

Pelajaran 11

Pengenalan kata kerja bahasa Arab dari aspek bilangan huruf. Topik kata kerja 5 huruf.

Pelajaran 15

Pelajaran 15

Pemantapan kemahiran konjugasi kata kerja dari sudut jenis huruf di dalamnya.

Pelajaran 44

Pelajaran 44

Mendalami konsep alif lam dalam bahasa Arab.

Pelajaran 53

Pelajaran 53

Memahami konsep masdar dalam bahasa Arab.

Pelajaran 64

Pelajaran 64

alTarkib al-Idhafi dan perbezaannya dengan al-Tarkib al-Wasfi.

Kelas Lanjutan 1

Kelas Lanjutan 1

Perincian jumlah ismiyyah dalam Pelajaran 122, KBA Lanjutan.

Kelas Lanjutan 2

Kelas Lanjutan 2

Topik al-Isnad al-Khabari dalam Ilmu al-Ma'ani.

Kelas Lanjutan 3

Kelas Lanjutan 3

Latihan pemahaman mendalam teks Arab.

Contoh Kelas

Contoh Kelas Google Meet

Alami sendiri bagaimana kelas-kelas kami dijalankan melalui video contoh di bawah.

Video 1

Penerangan topik al-Masdar oleh jurulatih.

Video 2

Contoh latihan binaan ayat bersama-sama jurulatih.

Video 3

Cara bina fi'il amar bagi fi'il mahmuz.

Info Penting

Ringkasan Kelas

Mula Belajar: 1 haribulan setiap bulan
Pengajar: Team Aljahiz & Ustaz Ashafizrol
Tempoh: 12 bulan (e-Sijil)
Pelajaran: 120 pelajaran (10/bulan)
Kelas Live: 4 kali/bulan (Sabtu/Selasa)
Bimbingan: Personal (one-to-one)