Semua peringkat

Bahasa Arab al-Quran Aljahiz

Kelas khas untuk orang awam yang baru atau sedang berjinak-jinak dengan bahasa Arab al-Quran. Telusuri tajuk-tajuk Nahu, Sorof, dan Balaghah yang disusun khusus untuk anda.

Daftar Sekarang

Pendekatan Khas Untuk Orang Awam

Kelas ini dirangka dengan pendekatan bertahap dan progresif. Pada peringkat awal, tumpuan diberikan kepada aspek asas untuk membantu peserta mengenal pasti sempadan kalimah-kalimah Arab dalam ayat, merungkai kekaburan awal terhadap teks Arab.

Merentas 3 Bidang Utama

Setiap tajuk dipilih merentas bidang Sorof, Nahu dan Balaghah dengan menjadikan teks al-Quran sebagai sempadan perbahasan.

Sandaran Terus Kepada al-Quran

Setiap kaedah disandarkan secara langsung kepada contoh penggunaan dalam al-Quran, sumber paling dekat dengan peserta.

Pengkayaan Kosa Kata

Peserta dibekalkan dengan kosa kata al-Quran serta variasi makna sesuatu lafaz seperti ضَرَبَ, أَخَذَ dan كَتَبَ dalam konteks yang berbeza.

Pratonton Kelas

Dapatkan gambaran awal tentang suasana pembelajaran dan perbincangan di dalam kelas.

Video 1

Mengenali kata nama dalam al-Quran melalui tanda tanwin.

Video 2

Perbezaan cara tulis untuk lafaz perkataan "bismillah".

Contoh Bahan Pembelajaran

Modul ini merangkumi pelbagai topik dari pengenalan kalimah hingga analisis tatabahasa yang lebih mendalam. Klik pada gambar untuk lihat gambar dengan saiz penuh.

Pelajaran 1

Pelajaran 1

Pengenalan bahasa Arab al-Quran

Pelajaran 1 - Tanwin

Pelajaran 1

Tanwin sebagai salah satu ciri-ciri isim dalam al-Quran

Pelajaran 2 - Kata Kerja

Pelajaran 2

Mengenal Kata kerja dalam al-Quran

Pelajaran 2 - Fi'il Madhi

Pelajaran 2

Fi'il Madhi dalam al-Quran

Pelajaran 4 - Fi'il

Pelajaran 4

Bentuk-bentuk fi’il yang mesti dikuasi.

SENARAI SILIBUS KBA ALQURAN

Berikut ialah senarai silibus Kelas Bahasa Al-Quran Aljahiz yang disusun oleh Ustaz Ashafizrol bin Ab Hamid. Pelaksanaan silibus ini berjalan seiring dengan pendedahan kosa kata dan uslub Al-Quran secara berterusan dalam setiap sesi. Setiap tajuk dihuraikan dengan menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai model contoh utama, selaras dengan identiti kelas ini sebagai kelas bahasa Arab berteraskan Al-Quran.

  • 1.1 Bahasa Al-Quran dan kepelbagaian dialek Arab
  • 2.1 Fi‘il dan pembahagian berdasarkan aspek masa: madhi, mudhori’, amar
  • 2.2 Pembahagian fi‘il berdasarkan bilangan huruf: thulathi, ruba‘i, khumasi, sudasi
  • 2.3 Pembahagian fi‘il berdasarkan keadaan huruf: salim, mahmuz, mudho‘af, misal, naqis, lafif maqrun, lafif mafruq
  • 3.1 Masdar
  • 3.2 Isim fa‘il: fungsi dan bentuk
  • 3.3 Isim maf‘ul: fungsi dan bentuk
  • 3.4 Sifah musyabbahah: fungsi dan bentuk
  • 3.5 Sighah mubalaghah: fungsi dan bentuk
  • 3.6 Isim tafdhil: fungsi dan bentuk
  • 3.7 Masdar mimi, isim zaman dan isim makan
  • 4.1 Isim mufrad: konsep dan contoh
  • 4.2 Isim muthanna: konsep dan contoh
  • 4.3 jamak: jamak muzakkar salim, jamak muannath salim dan jamak taksir (konsep dan contoh)
  • 5.1 Fa‘il dan maf‘ul bihi
  • 5.2 Naib fa‘il
  • 5.3 Mubtada’ dan khabar
  • 5.4 Nawasikh al-ibtida’
  • 6.1 Maf‘ul mutlaq
  • 6.2 Hal
  • 6.3 Tamyiz
  • 6.4 Maf‘ul fihi
  • 6.5 Maf‘ul li’ajlih
  • 6.6 Maf‘ul ma‘ah
  • 6.7 Istisna’
  • 6.8 La al-nafiyah lil jins
  • 6.9 Munada termasuk istighasah dan nudbah
  • 7.1 Na‘at
  • 7.2 Badal
  • 7.3 ‘Atof
  • 7.4 Tawkid
  • 8.1 Tasybih
  • 8.2 Isti‘arah
  • 8.3 Majaz mursal
  • 8.4 Kinayah
  • 9.1 Majaz isnadi
  • 9.2 Taqdim dan ta’khir
  • 9.3 Ta‘rif dan tankir
  • 9.4 Hazaf dan zikr
  • 10.1 Muhassinat lafziyyah terpilih
  • 10.2 Muhassinat ma‘nawiyyah terpilih

Sedia Untuk Mula?

Harapan kami, apabila selesai program ini nanti, anda akan lebih bersedia dan mempunyai maklumat yang secukupnya untuk mempelajari bahasa Arab dengan lebih mendalam.

Daftar Sekarang