Ambilan September 2023 kini dibuka!
KELAS BAHASA ARAB
Telegram + Google Meet
Melalui silibus KBA Telegram Aljahiz yang telah digarap dengan teliti dan tersasar, anda mampu membaca teks bahasa Arab tanpa baris, membina ayat dengan struktur yang betul dan juga menguasai asas-asas penting dalam Nahu, Sorof dan juga Balaghah.
Bagaimana Kelas Ini Dapat Bantu Saya?
Bermula Dari Asas
Pembelajaran akan bermula daripada tahap yang paling asas. Menjadikan kelas ini amat sesuai walaupun peserta belum pernah mempelajari bahasa Arab langsung sebelum ini. Manakala jika peserta pernah mempelajari bahasa Arab sebelum ini, bahagian asas ini merupakan satu ulangkaji untuk mantapkan kefahaman sebelum pergi kepada perbincangan yang lebih terperinci dan kompleks dalam Modul Aljahiz.
Di akhir modul, semua peserta akan mencapai tahap yang sama.
Bimbingan Secara Personal
Semua peserta akan mendapat bimbingan secara personal melalui aplikasi Telegram. Peserta boleh menghubungi jurulatih Aljahiz pada bila-bila masa sahaja untuk menghantar latihan atau bertanya sebarang soalan.

Kelas Live Google Meet
Kelas secara ‘live’ juga akan dijalankan seminggu sekali melalui Google Meet. Ini bererti, selain daripada dapat berhubung terus dengan jurulatih pada bila-bila masa, peserta juga akan dapat bertemu dengan jurulatih masing-masing secara atas talian setiap minggu.
Latih Tubi Yang Berterusan
Sepanjang penyertaan dalam KBA Telegram Aljahiz, peserta akan dibekalkan dengan banyak latihan untuk membentuk kemahiran membina ayat dengan struktur yang betul. Di peringkat seterusnya, peserta akan didedahkan tentang i’rab dan juga tadabbur al-Quran serta sebahagian bacaan dalam solat. Semua ini akan disentuh sepanjang 120 pelajaran ini.
Ini bererti, di akhir modul ini, setelah membina lebih 1200 ayat dengan betul, peserta akan mempunyai kemahiran binaan ayat bahasa Arab yang kukuh, kefahaman Nahu dan Sorof dan juga konsep-konsep penting dalam Ilmu Balaghah yang diterapkan secara tidak langsung.

Pengkayaan Kosa Kata
Pemilihan kosa kata dalam penggunaan sesuatu bahasa amat penting. Ini kerana, kosa kata yang kita sepatutnya gunakan adalah yang paling kerap digunakan oleh penutur jati. Jika seorang pelajar belajar sendiri tanpa bimbingan guru yang mahir, kebarangkalian untuk pelajar tersebut menggunakan kosa kata pada tempat yang salah adalah tinggi.
Oleh itu, dalam KBA Telegram Aljahiz, peserta telah dibekalkan dengan kosa kata yang telah dipilih dengan teliti dan sesuai mengikut tahap. Semakin banyak pelajaran yang diselesaikan peserta, semakin tinggi pendedahan terhadap kosa kata yang diberikan.
Belajar Dari Mana Sahaja!
Di Aljahiz, peserta boleh mempelajari bahasa Arab tanpa perlu terikat dengan sebarang masa atau tempat. Ianya 100% fleksibel mengikut masa peserta.
Untuk pelajaran utama (PDF), pada bila-bila masa sahaja peseta boleh membaca, menghubungi jurulatih, menghantar latihan dan juga bertanya soalan kepada jurulatih.
Manakala untuk kelas Google Meet, rakaman turut disediakan seandainya peserta tidak sempat mengikuti kelas secara ‘live’.

Pelajaran Peringkat Asas
Bulan Tempoh Belajar
Kelas Google Meet Setiap Bulan
Pelajaran Setiap Bulan
Bagaimana Cara Belajar Di Kelas Ini?
Setiap 3 hari, peserta akan diberikan file PDF melalui Group Telegram.
Peserta perlu membaca PDF dan menjawab latihan yang disediakan kemudian menghantarnya kepada jurulatih untuk disemak secara personal (Private Message).
Melalui semakan ini, peserta boleh menyemak semula kesilapan sendiri seterusnya juga bertanya sebarang kemusykilan. Jurulatih akan memberikan penerangan sama ada melalui teks bertulis ataupun audio (Voice Recording).
Kelas Google Meet akan diadakan sekali setiap minggu bermula jam 8.30 - 10.30 malam. Rakaman untuk kelas ini disediakan.
Contoh Bahan Pembelajaran
Contoh-contoh ini bermula daripada peringkat paling asas sehingga peringkat lanjutan.
Ini hanya sebahagian daripada banyak lagi pelajaran-pelajaran yang menarik disediakan dalam KBA Telegram Aljahiz.
Contoh Kelas Google Meet
Bonus Untuk Setiap Peserta
Ringkasan Kelas
✅ Mula Belajar: 1 September 2023
✅ Pengajar: Team Aljahiz di bawah seliaan Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
✅ Tempoh Program: 12 bulan (e-Sijil disediakan)
✅ Latihan: Binaan ayat, I’rab, Tadabbur al-Quran dan bacaan teks Arab.
✅ Jumlah Pelajaran: 120 Pelajaran (10 pelajaran /bulan)
✅ Kelas Google Meet: 4 kali /bulan (2 jam setiap pertemuan)
✅ Masa Kelas Google Meet: Sabtu / Selasa , 8.30 mlm. – 10.30 mlm.
✅ Bimbingan: Secara personal, one-to-one melalui private message Telegram.
✅ Yuran: RM100
Tentang Penyusun Modul
Semua silibus pembelajaran dibangunkan oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid.
Beliau merupakan pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz dan penulis pelbagai buku-buku pembelajaran bahasa Arab. Antara karangan beliau, Huraian Matan al-Ajurrumiyyah edisi Jawi dan Rumi, Kata dan Frasa Bahasa Arab, Binaan Ayat Bahasa Arab, Bahasa Arab Praktikal, Nota Perbualan Bahasa Arab dan lain-lain.
Telah begelumang dengan dunia bahasa Arab selama lebih 25 tahun dan secara tidak langsung menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa utama beliau.
Beliau juga merupakan pengisi slot Hayya bil Arabiyyah di Radio IKIM.FM setiap Isnin – Jumaat jam 7.45 pagi sejak 2018 sehingga kini.

Bagaimana dengan peserta sebelum ini?
Klik ‘See more’ untuk pergi ke post penuh di Facebook.
Puan Khamisah
Puan Yusliza
Salah Seorang Peserta Aljahiz
Tuan Syafiq dan Tuan Omar Satari
Puan Nora
Puan Faridah
Salah Seorang Peserta Aljahiz
Ada pertanyaan?
Klik butang + untuk dapatkan jawapan dan klik – untuk menutup semula.
Secara ringkas, bagaimana kelas ini berjalan?
Kelas akan berjalan melalui aplikasi Telegram dan Google Meet.
Peserta akan menerima 10 pelajaran setiap bulan dalam bentuk PDF. Kemudiannya, peserta dikehendaki membaca pelajaran dan menjawab latihan untuk dihantar kepada jurulatih.
Sekali setiap minggu ( 4kali sebulan) peserta akan bertemu dengan jurulatih masing-masing melalui Google Meet untuk sesi pembelajaran secara langsung.
Saya belum pernah belajar bahasa Arab, sesuaikah kelas ini dengan saya?
Modul ini sememangnya sesusai jika tuan puan belum pernah mempelajari bahasa Arab. Cukup jika tuan puan sudah mahir membaca al-Quran, maka tuan puan layak untuk sertai kelas ini.
Saya sudah pernah belajar bahasa Arab, perlukah saya sertai kelas ini?
Kelas ini akan mendedahkan kepada peserta tentang asas bahasa Arab secara menyeluruh.
Peserta yang mengikuti pelajaran daripada awal sehingga pelajaran 120 akan mempunyai kemahiran membina ayat dengan struktur ayat sama seperti orang Arab, kemahiran i’rab dan juga kefahaman mantap dalam topik-topik penting Nahu dan Sorof.
Ringkasnya, jika tuan puan belum mampu untuk membina ayat bahasa Arab dengan struktur ayat sama seperti orang Arab atau membaca tulisan Arab tanpa baris inilah kelas yang sesuai untuk tuan puan bermula!
Apa kemahiran yang saya akan dapat di akhir kelas ini nanti?
Kelas ini akan fokuskan pembinaan kata, pembentukan ayat dengan stuktur yang betul dan juga topik-topik utama dalam Nahu dan Sorof.
Ringkasnya, binaan ayat dan i’rab merupakan salah satu hasil utama yang peserta akan perolehi. Justeru, sekurang-kurangnya dengan dua kemahiran ini, membaca kitab tanpa baris dan membina ayat dalam bahasa Arab tidak lagi menjadi sukar.
Dalam kelas ini ada latihan bercakap bahasa Arab tak?
Kemahiran bercakap merupakan natijah daripada kemahiran seseorang membina ayat dengan struktur yang betul.
Dalam KBA AlJahiz, peserta dilatih untuk membina lebih 1200 ayat dalam bahasa Arab dan kemudiannya disemak oleh jurulatih. Setelah mempunyai kemahiran membina ayat dengan struktur yang betul, maka kemahiran bercakap akan menjadi lebih mudah.
Seseorang tidak akan mampu bercakap dalam bahasa Arab dengan lancar tanpa menguasai kemahiran menstruktur ayat dengan betul.