Kelas Cakap Arab Aljahiz
Berkomunikasi, berdiskusi atau menyampaikan idea dalam bahasa Arab adalah salah satu masalah utama sebahagian penuntut bahasa Arab sejak sekian lama. Banyak faktor yang menyumbang kepada ketidakupayaan ini tapi yang paling ketara adalah tidak berada di dalam persekitaran yang membantu.
KCA Aljahiz, dengan modul yang telah disusun khas, latih tubi yang berterusan dan suasana pembelajaran yang hidup, kami bukan sahaja mensasarkan setiap peserta agar dapat bina ayat seperti yang digunakan oleh orang Arab bahkan juga bertutur seperti orang Arab!
Daftar SekarangBagaimana Program Dijalankan?
Tempoh 6 Bulan
Modul ini dirangka untuk tempoh 6 bulan dan jika ada keperluan, peserta yang telah tamatkan 6 bulan pertama akan ke level lanjutan.
4x Pertemuan Google Meet
Peserta dibimbing membina ayat, menyebut seperti orang Arab, dan menambah kosa kata. Rakaman disediakan.
Latihan Uslub Harian
Setiap 3 hari, peserta diberi latihan bina ayat dan bertutur di Telegram untuk memperkaya kosa kata dan gaya bahasa.
Perbualan Santai
Peserta boleh berborak santai dalam bahasa Arab dengan jurulatih dan peserta lain di group Telegram.
Belajar Melalui Google Meet dan Telegram
Selepas kelas live setiap minggu, pembelajaran diteruskan dalam group Telegram setiap hari. Bahan pembelajaran disusun dengan rapi mengikut kategori dan mudah diakses.
Modul PDF
Peserta dibimbing membina ayat, menyebut seperti orang Arab & menambah kosa kata. Rakaman disediakan.
Uslub
Setiap 3-4 hari, satu uslub diberikan untuk latihan ungkapan yang disemak oleh jurulatih.
Mufradaat
Jurulatih akan berikan petikan teks berserta terjemahan untuk latihan bertutur.
Kuiz
Kuiz disediakan untuk mengulangkaji vocab, struktur ayat, dan info yang telah dipelajari.
Dengan adanya bahagian ini, peserta tidak perlu risau terlepas pandang nota atau link kelas. Group Telegram juga bebas digunakan untuk bertanya apa sahaja soalan berkaitan bahasa Arab.
Interaksi Peserta dan Jurulatih
Setiap peserta, pada bila-bila sahaja boleh menghantar latihan, bertanya soalan dan berbual apa sahaja dalam bahasa Arab dan akan disemak oleh jurulatih.
Bimbingan Terus Daripada Jurulatih
Di KCA Aljahiz, peserta akan dipastikan:
- Gabungan Ayat: Pelajar dapat membuat gabungan ayat yang tepat dan sesuai dengan konteks.
- Sebutan dan Intonasi: Peserta akan dibimbing untuk menyebut ayat-ayat yang dibina dengan cara sebutan yang sama seperti orang Arab.
- Galakan dan Dorongan: Peserta akan mendapat galakan untuk menggunakan ayat-ayat yang telah dipelajari sesama peserta di bawah seliaan jurulatih.