Kelas Cakap Arab Aljahiz
Berkomunikasi, berdiskusi atau menyampaikan idea dalam bahasa Arab adalah salah satu masalah utama sebahagian penuntut bahasa Arab sejak sekian lama. Banyak faktor yang menyumbang kepada ketidakupayaan ini tapi yang paling ketara adalah tidak berada di dalam persekitaran yang membantu.
KCA Aljahiz, dengan modul yang telah disusun khas, latih tubi yang berterusan dan suasana pembelajaran yang hidup, kami bukan sahaja mensasarkan setiap peserta agar dapat bina ayat seperti yang digunakan oleh orang Arab bahkan juga bertutur seperti orang Arab!
Pengenalan
Bagaimana program dijalankan?
Tempoh 6 Bulan
4x Pertemuan Google Meet
Dalam pertemuan secara live di Google Meet ini, peserta akan dibimbing oleh jurulatih dalam:
- Membina ayat menggunakan rangkai kata yang sesuai dengan setiap situasi.
- Menyebut setiap ayat yang diberikan seperti orang Arab.
- Menambah kosa kata baharu.
Rakaman disediakan untuk peserta yang tidak sempat mengikuti pertemuan secara langsung.
Latihan Uslub Harian
Melalui group Telegram, setiap 3 hari peserta akan diberikan latihan bina ayat dan bertutur menggunakan uslub dan gaya bahasa yang dibekalkan oleh jurulatih.
Pelajar akan bina ayat, menyebutnya dan kemudian akan terus disemak oleh jurulatih.
Dengan cara ini, peserta akan sentiasa melibatkan diri dalam bahasa Arab dan berlatih untuk untuk memperkaya kosa kata, gaya bahasa dan juga meperelok sebutan.
Perbualan Santai
Melalui group Telegram juga, selain perbualan mengikut tajuk yang dibekalkan, peserta juga boleh berborak dengan jurulatih mahupun peserta yang lain dalam apa-apa topik santai yang tidak terikat dengan apa-apa tajuk tertentu.
Peserta juga boleh bertanya apa-apa perkara berkenaan bahasa Arab terus kepada jurulatih.
Belajar Melalui Google Meet dan Telegram
Modul PDF
Dalam pertemuan secara live di Google Meet, melalui modul ini peserta akan dibimbing oleh jurulatih dalam:
- Membina ayat menggunakan rangkai kata yang sesuai dengan setiap situasi.
- Menyebut setiap ayat yang diberikan seperti orang Arab.
- Menambah kosa kata baharu.
Rakaman disediakan untuk peserta yang tidak sempat mengikuti pertemuan secara langsung.
Uslub
Setiap 3 – 4 hari, satu uslub akan diberikan. Peserta akan berlatih ungkapkan sesuatu menggunakan uslub yang diberikan dan akan disemak oleh jurulatih.
Dalam KCA Aljahiz, peserta bukan sahaja akan didedahkan dengan komunikasi seharian akan tetapi peserta juga akan didedahkan dengan ayat-ayat yang digunakan oleh orang Arab semasa berdiskusi.
Mufradaat
Kuiz
Dalam group telegram kami ada sediakan kuiz agar para peserta dapat mengulangkaji vocab, struktur ayat atau sebarang info yang dipelajari menerusi pelajaran-pelajaran lepas.
Dengan adanya bahagian-bahagian ini dalam group Telegram, peserta tidak perlu risau situasi seperti terlepas pandang nota, uslub, mufradat atau link Google Meet kelas.
Bahagian utama group telegram akan digunakan secara bebas oleh peserta untuk berkongsi apa sahaja, membuat latihan, bertanya soalan tentang bahasa Arab. Contohnya, “Ustaz, macam mana nak kata benda ni dalam bahasa Arab?”
Pra-Dengar Perjalanan Kelas
Contoh Modul Pelajaran
Interaksi Peserta dan Jurulatih
Setiap peserta, pada bila-bila sahaja boleh menghantar latihan, bertanya soalan dan berbual apa sahaja dalam bahasa Arab dan turut akan disemak dan diberi bimbingan oleh jurulatih.
Bimbingan Terus Daripada Jurulatih
Di KCA Aljahiz, peserta akan dipastikan:
Gabungan Ayat
Sebutan dan Intonasi
Peserta akan dibimbing untuk menyebut ayat-ayat yang dibina dengan tepat tadi dengan cara sebutan yang sama seperti orang Arab.
Rakaman disediakan untuk peserta yang tidak sempat mengikuti pertemuan secara langsung.
Galakan dan Dorongan
Melalui group Telegram dan bimbingan dari jurulatih, peserta akan mendapat galakan dan dorongan untuk menggunakan ayat-ayat yang telah dipelajari sesama peserta di bawah seliaan jurulatih.
Belajar dari rumah!
Jom mula belajar cakap Arab sekarang! Tidak semestinya ke negara Arab.
Kini melalui telefon bimbit sahaja anda dapat membina kemahiran bercakap bahasa Arab seperti orang Arab.