Kelas Membaca Teks Bahasa Arab

Membimbing para peserta untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah Nahu dan Sorof ketika membaca teks Arab yang tidak berbaris.

Mendedahkan peserta dengan frasa, klausa seerti dan uslub.

Memanfaatkan teks yang dibaca untuk tujuan perbualan dan penulisan.

Soalan-Soalan Lazim

Kelas ini sesuai untuk siapa?

Kelas ini sesuai untuk mereka yang telah mempunyai asas bahasa Arab yang baik namun menghadapi kesukaran untuk membaca teks tidak berbaris.

Bagaimana kaedah pengajaran di kelas ini?
  1. Sebelum kelas bermula, peserta akan menerima teks yang akan dibincangkan di dalam kelas.
  2. Teks yang diberikan ini tidak berbaris.
  3. Teks ini akan dibincangkan dari sudut Nahu, Sorof, kedudukan i’rab, gaya bahasa, terjemahan, praktis penulisan dan juga perbualan.
Apakah platform yang digunakan untuk kelas ini?

1. Peserta akan dimasukkan ke group Telegram sebagai tempat berkumpul, perkongsian teks bahan pembelajaran dan juga apa-apa pengumuman penting.

2. Kelas akan dijalankan secara atas talian menggunakan Google Meet.

3. Rakaman untuk setiap sesi kelas disediakan.

Adakah kelas ini diadakan secara 'live'?

Ya, kelas ini diadakan secara ‘live‘ melalui Google Meet dan rakaman untuk setiap sesi kelas juga disediakan.

Apakah silibus yang digunakan dalam kelas ini?

Antara bahan utama yang akan digunakan ialah buku karangan Hezi Brosh & Lutfi Mansur berjudul Arabic Stories for Language Learners.

Contoh Kelas Bacaan Teks

Kelas Membaca Teks Bahasa Arab

Team Aljahiz

Dibawah seliaan Ustaz Ashafizrol Ab Hamid.

Butiran Kelas

Platform

Dijalankan secara dalam talian menggunakan Google Meet sebagai platform utama.

 

Temujanji Kelas

4 kali pertemuan setiap bulan pada hari Khamis, bermula pukul 8.30 malam sehingga 10.30 malam.

Yuran

Yuran hanya RM100 sahaja per bulan selama 8 bulan.

Boleh dibuat pada setiap bulan.

Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar untuk program ini ialah Team Aljahiz yang telah dilantik dan diselia oleh al Fadhil Ustaz Ashafizrol Ab Hamid.

Kelas Secara Intensif

Supaya proses pembelajaran menjadi lebih efisyen, setiap kelas hanya dihadkan kepada 20 orang peserta sahaja.

Antara Tumpuan Pada Bulan Pertama:

Pertama

Setiap fi’il akan disusuli oleh fa’il dalam urutan ( fa’il dhomir bariz, fa’il isim zohir, fa’il masdar muawwal dan fa’il dhomir mustatir.)

Kedua

Aplikasi penggunaan alif lam dalam teks bahasa Arab.

Ketiga

Penggunaan frasa nama sifah + mawsuf, mudhaf + mudhaf ilaih dan lain-lain.