KURSUS ONLINE – BEDAH BUKU

Kursus Combo Bahasa Arab

Kursus atas talian selama 5 hari (5 kali pertemuan) menyentuh topik-topik bahasa Arab yang mencakupi peringkat pembentukan kata, pembentukan ayat, pengayaan kosa kata, perbualan dan juga ilmu Nahu dan Sorof.

Semuanya berpandukan buku-buku karangan Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Apa yang akan dibincangkan dalam kursus ini?

19 NOVEMBER

APLIKASI ILMU NAHU DALAM PEMBENTUKAN AYAT

Binaan ayat bahasa Arab dengan struktur yang betul tidak dapat dicapai dengan hanya mengetahui topik-topik ilmu Nahu sahaja. Namun tanpa ilmu Nahu langsung pula, ayat tersebut akan menjadi tidak gramatis atau dalam erti kata lain; salah.

Dalam sesi ini, peserta akan didedahkan dengan perbincangan ilmu Nahu dan bagaimana mengaplikasikannya dalam pembentukan ayat menerusi topik-topik berkaitan al-jumlah, al-‘umdah, al-mukammilaat dan lain-lain.

Bahan yang akan digunakan ialah buku Binaan Ayat Bahasa Arab oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid.

18 NOVEMBER

APLIKASI ILMU SOROF DALAM PEMBENTUKAN KATA

Ilmu Sorof sebagaimana yang dibentangkan oleh para ulama silam -rahimahumullah- kebiasaannya hanya terhad kepada perbincangan tasrif sahaja. 

Namun bagi orang Melayu, apa yang kita perlukan untuk memahami dan membina ayat bahasa Arab dengan tepat ialah lebih daripada sekadar perbincangan tasrif.

Dalam sesi ini, peserta akan didedahkan dengan topik-topik tersebut!

Bahan yang akan digunakan ialah buku Kata & Frasa Bahasa Arab: Ilmu Sorof Moden oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid.

17 NOVEMBER

TEMPLAT PERBUALAN BAHASA ARAB

Membina ayat bahasa Arab tanpa sebarang panduan merupakan satu perkara yang sukar dan hanya akan menghasilkan natijah yang tidak diingini. Ini kerana asas dalam binaan ayat ialah meniru penutur jati dan bukan mereka cipta mengikut kreativiti sendiri.

Dalam sesi ini, peserta akan didedahkan kepada cara membina ayat-ayat yang kerap digunakan dalam bahasa Arab berpandukan templat yang telah dikumpul dan disaring dengan teliti.

Antara objektif sesi ini juga ialah peserta dapat membina mind-set yang betul dan lebih terpandu ketika membaca teks-teks bahasa Arab.

Bahan yang akan digunakan ialah buku Bahasa Arab Praktikal oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid.

20 NOVEMBER

KAEDAH MENGUASAI KOSA KATA BAHASA ARAB

Bahasa dan kosa kata tidak dapat dipisahkan. Tanpa kosa kata yang cukup, seseorang tidak akan dapat meluah dan menterjemahkan apa yang terbuku di hatinya sebagaimana yang diinginkan.

Namun, mengetahui dan menggunakan kosa kata yang tidak tepat dan sesuai dengan situasi pula akan mengundang masalah. 

Dalam sesi ini, peserta akan didedahkan tentang cara-cara untuk menguasai kosa kata bahasa Arab dengan betul.

Bahan yang akan digunakan ialah buku Nota Perbualan Bahasa Arab oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid.

21 NOVEMBER

PENGUASAAN KADAR MINIMA ILMU NAHU

Ilmu Nahu merupakan satu bidang ilmu yang luas. Ribuan karangan dan penulisan para ulama silam dan kontemporari dihasilkan semata-mata untuk menjelaskan ilmu ini. Itu semua adalah khazanah ilmu Islam yang sangat besar dan tidak ternilai.

Namun bagaimanakah sepatutnya seseorang bermula? Apakah topik-topik yang mesti diberikan penekanan? Apakah pengetahuan tahap minimum yang mesti diketahui oleh seseorang sebelum melangkah ke lautan khazanah ilmu Nahu yang luas ini?

Dalam sesi ini, peserta akan didedahkan berkenaan semua perkara tersebut, memahami topik-topik utama yang penting di dalam Nahu, mengetahui syarat-syaratnya, contoh-contoh dan aplikasinya dalam ayat-ayat yang ringkas dan kompleks, kaedah terjemahan dan juga perkaitan antara topik.

Bahan yang akan digunakan ialah buku Huraian Matan al-Ajurrumiyyah oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid.

Bahan pembelajaran utama kursus ini ialah buku-buku karangan Ustaz Ashafizrol Ab Hamid.

1. Binaan Ayat Bahasa Arab
2. Kata & Frasa: Ilmu Sorof Moden
3. Bahasa Arab Praktikal
4. Nota Perbualan Bahasa Arab
5. Huraian Matan al-Ajurrumiyyah

Sekiranya anda belum lagi memiliki buku-buku karangan Ustaz Ashafizrol yang dinyatakan, anda amat disarankan untuk mendapatkannya agar dapat mengikuti perbincangan secara sentuhan terus menggunakan buku fizikal sepanjang kursus nanti.

 

 

Jika anda sudah memilikinya, kami amat mengalu-alukan anda untuk menyertai kursus yang akan diadakan tidak lama lagi.