Al-Mutanabbi berkata dalam sebuah syair:
“Barang siapa yang menghabiskan masa mengumpul harta kerana takutkan kemiskinan, (sebenarnya) apa yang dilakukan itulah suatu kemiskinan.”
Faedah Nahu:
Pada bahagian kedua (الشطر الثاني) bait syair ini, al-Mutanabbi menyebut:
… فالذي فعل الفقر
Di sini berlaku penguguran dhamir ‘aid mansub iaitu dhamir هو yang merupakan maf’ul bih kepada فعل.
Asalnya ialah:
فالذي فعله الفقر.
Penguguran dhamir ‘aaid mansub merupakan perkara yang dibenarkan dan berlaku dalam bahasa Arab walaupun secara prinsipnya ‘aaid mesti disebutkan dalam setiap jumlah silah.
Kata Ibnu Malik berkaitan hal ini:
والحذف عندهم كثير منجلي # ….
في عائد متصل إن انتصب # بفعل أو وصف كمن نرجو يهب
– Catatan daripada Kelas Huraian Alfiyyah Ibn Malik oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid pada 14 Sept. 2022.