Disember 15, 2023
Perkataan سَيَّارَة yang terdapat di dalam al-Quran
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

𝐈𝐧𝐟𝐨 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐀𝐫𝐚𝐛 | Perkataan سَيَّارَة yang terdapat di dalam al-Quran bukan bermaksud kereta

_____________________________________________

  1. Firman Allah s.w.t:

وَجَاءَتْ سَيَّارَةٌ فَأَرْسَلُوا وَارِدَهُمْ فَأَدْلَىٰ دَلْوَهُ – يوسف : 19

“𝘋𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘪𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘬𝘶𝘮𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘦𝘮𝘣𝘢𝘳𝘢; 𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘢𝘪𝘳, 𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘥𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘳𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘮𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢…”

وَأَلْقُوهُ فِي غَيَابَتِ الْجُبِّ يَلْتَقِطْهُ بَعْضُ السَّيَّارَةِ إِن كُنتُمْ فَاعِلِينَ – يوسف : 10

“… 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘢𝘯𝘨𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘢 𝘬𝘦 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘦𝘯𝘥𝘢𝘬𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘴𝘦𝘵𝘦𝘯𝘨𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘦𝘮𝘣𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘶𝘯𝘨𝘶𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘪𝘯𝘨𝘪𝘯 𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢.”

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَّكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ – المائدة : 96

“𝘋𝘪𝘩𝘢𝘭𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘪𝘯𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘶𝘳𝘶𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘶𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘰𝘭𝘦𝘩𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘵𝘶𝘫𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘳𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘦𝘮𝘣𝘢𝘳𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘯𝘪𝘬𝘮𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢…”.

  1. Perkataan سَيَّارة seperti yang dapat dilihat dalam tiga ayat di atas bermaksud para pengembara. Perkataan سَيَّارَة seperti yang dijelaskan oleh Abu Hayyan di dalam kitab البحر المحيط ketika mentafsirkan ayat 10 surah Yusuf adalah jamak kepada سَيَّار wazan فَعَّال yang secara literalnya bermaksud “orang yang kuat atau banyak berjalan”. Sama seperti kalimah فَلَّاحَة (para petani), بَحَّارَة (para pelaut) yang merupakan jamak kepada kalimah فَلَّاح dan بَحَّار.

Jelas محمد الطاهر بن عاشور di dalam التحرير والتنوير di bawah ayat yang sama, kalimah سيارة dimuannathkan supaya dapat ditakwil dengan maksud جماعة (Kumpulan). Jadi asalnya adalah sifah kepada جماعة, yakni الجماعة السيارة.

 

  1. Berhubung ayat 96 surah al-Ma’idah, ulamak tafsir mengatakan bahawa dhomir كم merujuk kepada orang yang bermukim di mana mereka akan menikmati makanan laut yang segar dan السيارة pula merujuk kepada para pengembara yang akan menikmati makanan-makan kering (قَدِيد).

Kongsikan Artikel Ini: