1. Ungkapan [ أَفَلَا ] terbentuk daripada gabungan هَمْزة الاستفهام للإنكار (pertanyaan bertujuan menidakkan), huruf الفاء العَاطِفة dan لَا النافية (tidak). Makna literalnya ialah “𝘖𝘭𝘦𝘩 𝘪𝘵𝘶 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬𝘬𝘢𝘩…𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵…/ 𝘈𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬…𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬…”.
Contohnya أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ “𝘖𝘭𝘦𝘩 𝘪𝘵𝘶 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬𝘬𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘧𝘪𝘬𝘪𝘳? / 𝘈𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘧𝘪𝘬𝘪𝘳?”.
Soalan “𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬𝘬𝘢𝘩…𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵… / 𝘈𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬…𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬…?!” ini mengandungi gesaan agar sesutau patut dilakukan.
2. Firman Allah swt :
أَفَلا يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ – المائدة : 74
“𝘖𝘭𝘦𝘩 𝘪𝘵𝘶 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬𝘬𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘶𝘣𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘰𝘩𝘰𝘯 𝘬𝘦𝘢𝘮𝘱𝘶𝘯𝘢𝘯-𝘕𝘺𝘢?! / 𝘈𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘶𝘣𝘢𝘵….”
Kata Ibn ‘Atiyyah di dalam tafsir al-Muharrar al-Wajid ketika menafsirkan ayat di atas:
ثُمَّ رَفَقَ جَلَّ وَعَلَا بِهِمْ بِتَحْضِيضِهِ إِيَّاهُمْ عَلَى التَّوْبَةِ وَطَلَبِ المَغْفِرَةِ
“𝘒𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘸𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘴𝘢 𝘢𝘨𝘢𝘳 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘶𝘣𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘰𝘩𝘰𝘯 𝘬𝘦𝘢𝘮𝘱𝘶𝘯𝘢𝘯.”
3. Kesimpulannya adalah ungkapan أَفَلَا walaupun bukan partikel gesaan (أدَاة التحضِيض) seperti أَلَا, لَوْلا, هَلَّا dan لَوْمَا namun ia mendukung maksud التحضيض.
Makna التَّحْضِيض ialah meminta supaya melakukan sesuatu dengan tegas (الطلب بِشِدَّة). Lawannya adalah العَرْض, iaitu meminta supaya melakukan sesuatu dengan lembut (الطلب بِرِفْقٍ). Jadi التحضيض adalah gesaan dan desakan sementara الغَرْض pula adalah pelawaan dan ajakan. Firman Allah swt:
أَفَلَا يتدَبَّرُونَ القرآن – النساء
“𝘖𝘭𝘦𝘩 𝘪𝘵𝘶 𝘢𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘵𝘢𝘥𝘢𝘣𝘣𝘶𝘳 𝘢𝘭-𝘘𝘶𝘳𝘢𝘯?”
Ayat ini mengandungi gesaan agar diteliti segala titah perintah, larangan, pengajaran dll yang ada di dalam al-Quran.
4. Terjemahan ayat-ayat yang bermula dengan أفلا ini mesti dilakukan selari dengan maksud gesaan. Contohnya firman Allah swt:
لِيَأْكُلُوا مِن ثَمَرِهِ وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ ۖ أَفَلَا يَشْكُرُونَ – يس : 35
“Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka. 𝘖𝘭𝘦𝘩 𝘪𝘵𝘶 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬𝘬𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳? / 𝘈𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘵𝘥𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳?”