1. Seringkali apabila membaca Tafsir al-Jalalain kita terasa seolah-olah pengarangnya Imam Sayuti atau Imam al-Mahalli – rahimahumallah – sedang memperkatakan tentang sesuatu yang tidak sama dengan ayat yang kita baca dalam mushaf hari ini, iaitu ุฑูุงูุฉ ุญูุต ุนู ุนุงุตู .
2. Sebagai contoh lihat ayat 66 surah al-Kahfi :
ููุงูู ูููู ู ููุณูููฐ ูููู ุฃูุชููุจูุนููู ุนูููููฐ ุฃูู ุชูุนููููู ููู ู ูู ููุง ุนููููู ูุชู ุฑูุดูุฏูุง โ ุงูููู : 66
Kata pengarang merujuk kepada kalimah ุฑุดุฏุง :
ูููู ููุฑุงุกูุฉ ุจูุถูู ูู ุงูุฑูุงุก ูุณููููู ุงูุดูููู
[Dalam qiraat yang lain kalimah ุฑุดุฏุง ditanda dengan raโ berbaris dhammah dan syin bertanda sukun]
Memang kalimah ุฑุดุฏุง dalam ayat ini mengikut qiraat yang kita baca huruf raโnya berbaris dhammah dan syinnyaย sukun. Ini menunjukkan pengarang rahimahullah sedang membicarakan ayat yang sama tapi qiraat lain, iaitu qiraat yang membaca kalimah ุฑุดุฏุง dalam ayat 66 surah al-Kahfi ini dengan raโ dan syin berbaris fathah.
3. Lihat ayat 90 surah Maryam pula. Firman Allah s.w.t :
ุชูููุงุฏู ุงูุณููู ูุงููุงุชู ููุชูููุทููุฑููู ู ููููู โ ู ุฑูู : 90
Kata pengarang rahimahullah merujuk kepada kalimah ููุชูููุทููุฑููู :
ุจูุงูุชูุงุกู ูุชูุดูุฏููุฏ ุงูุทูุงุก ุจูุงููุงููุดููุงูู ูููู ููุฑุงุกูุฉ ุจูุงููููููู
[Dengan huruf taโ dan toโ bersyaddah, maksudnya sama seperti ุชูููุดููู. Dan dalam qiraat lain ia datang dengan huruf ู, yakni ููุชูููุทููุฑููู]
Ayat yang kita baca sekarang mengikut ุฑูุงูุฉ ุญูุต ุนู ุนุงุตู memang kalimahnya adalah ููุชูููุทููุฑูู. Maka ini menunjukkan pengarang sedang memperkatakan tentang ayat ini mengikut lafaz qiraat lain.
4. Menurut Dr. Fakhruddin Qabawah menerusi muqaddimah tahqiq beliau terhadap tafsir al-Jalalain, Imam al-Sayuti atau Imam al-Mahalli menulis tafsir al-Jalalain itu berasaskan kepada qiraat ุฃุจู ุนู ุฑู ุงุจู ุงูุนูุงุก. Jika bukan qiraat Abu โAmr al-Basri, maka ia sama ada qiraat Abdullah ibn Kathir al-Makki, Nafiโ bin Abdurrahman al-Madani atau Abdullah bin โAmir al-Syami.
5. Justeru pembaca perlu peka dengan perkara ini dan biasakan diri dengannya ketika membaca tafsir al-Jalalain.
Soal siapakah pengarang tafsir ini boleh rujuk pengkongsian saya yang lepas.