Kepada semua yang memiliki buku “Binaan Ayat Bahasa Arab”, saya harap hadam betul-betul 4 bab pertama. Empat bab ini adalah langkah pertama untuk menguasai binaan ayat bahasa Arab. Kesilapan yang sering dilakukan adalah pada bahagian ini, iaitu penggunaan fi’il dari sudut penyesuaiannya dengan unsur masa dan aspek. Keempat-empat bab ini juga memperlihatkan bagaimana sesebuah ayat minima dibina dan seterusnya dikembangkan menjadi sebuah ayat kompleks.
Mengapa empat bab ini? Kerana pengalaman saya sendiri, setelah bertahun-tahun mempelajari bahasa Arab saya dapati masalah terbesar saya adalah keupayaan menggunakan fi’il. Saya tidak bercakap soal tasrif, tapi soal kesesuaian fi’il yang digunakan. Sama ada madhi, mudhari, bersendirian atau berpasangan. Saya sukar menentukan sama ada hendak menggunakan jumlah fi’liyyah atau jumlah ismiyyah. Soal huruf jar tidak mengapa kerana itu akan ditentukan oleh kamus, begitu juga dengan imbuhan kata kerja semuanya dapat disemak melalui kamus.
Sejauh mana fungsi fi’il dalam menerangkan fakta adalah perkara yang sangat membuntukan saya. Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk menggempur perbahasan fi’il di awal buku Binaan Ayat Bahasa Arab. Oleh itu saya harap pembaca berikan tumpuan sepenuhnya pada empat bab ini.
Siapa yang berhasrat nak dapatkan buku ini, boleh hubungi penerbit untuk dengan cara menekan pautan di bawah.
Pautan: Pembelian Buku Binaan ayat