Ramai penuntut Bahasa Arab mengadu kesukaran memahami syair Arab berbanding prosa. Puncanya adalah gagal membiasakan diri dengan gaya susunan struktur syair serta kosa kata yang biasa digunakan dalam syair.
Antara langkah awal yang boleh diambil utk mengatasi masalah ini ialah mula dengan mencari kitab yang menghimpunkan syair-syair mudah. Antara yang sesuai ialah حديقة الأطفال, حماسة الأطفال dsb. Baca setiap bait dan pastikan makna setiap kalimah difahami satu persatu. Jangan skip walaupun satu kalimah. Kemudian kenal pasti kedudukan فاعل, مفعول, مبتدأ dan خبر supaya maksud bait jelas. Lakukan latihan ini berulang kali sehingga habis sebuah kitab. Baca dengan orang yang mahir sangat bagus.
Selepas itu beralih pula kepada kitab من روائع الشعر العربي oleh خليفة محمد النابلسي serta مختارات من الشعر العربي الحديث oleh مصطفى بدوي. Baca berulang kali sehingga dapat menghayati gaya penyusunan struktur syair dan kosa kata yang sering berulang. Tujuan membaca kitab-kitab himpunan seperti ini adalah untuk mendedahkan diri kepada ramai penyair, di samping memastikan bacaan tertumpu kepada bait-bait yang menarik sahaja. Kalau kita baca sebuah diwan syair oleh seorang penyair, bukan semua bait akan melekat di hati. Maksud saya bukan semuanya menarik. Pada peringkat ini juga, jangan tinggal kitab المفضليات oleh أبو العباس المفضل بن محمد الضبي, serta ديوان الحماسة bersama شرح ديوان الحماسة oleh أبو علي المرزوقي.
Dalam masa yang sama baca ديوان أحمد شوقي atau ديوان أبي القاسم الشابي. Kedua-dua diwan ini mengandungi banyak syair yang menarik. Untuk ديوان أحمد شوقي, kalau boleh, cari edisi yang diterbitkan di bawah seliaan دكتور أحمد الحوفي kerana beliau turut mensyarahkan bait-bait yang sukar.
Langkah berikutnya ialah baca ديوان المتنبي bersama شرح العكبري. Kemudian teruskan dengan qasidah- qasidah masyhur seperti قصيدة بانت سعاد dengan bantuan kitab-kitab syarah, لامية العرب للشنقري, serta شرح المعلقات oleh الزوزني. Tak faham cari kitab yang mensyarahnya.
Kesemua kitab yang disebut di atas tidak semestinya dibaca sampai habis. Baca sedikit pun sudah cukup, asalkan diri dibiasakan dengan bahasa syair Arab merentas pelbagai peringkat dan era.
Selamat membaca 🙂