Info Nahu | Aturan Nahu dalam ayat “Hari ini Selasa / Hari ini Jumaat”

Isi Kandungan

Kata Abu Hayyan (w:745H) dalam kitab ارتشاف الضَّرب عن لسان العرب, jld 3 / hal 1125 :

Zorof yang datang sebagai khabar kepada hari-hari minggu akan dibaca marfu’ kecuali jika ia datang sebagai khabar kepada الجمعة dan السبت, di mana ia harus dibaca marfu’ dan mansub. Contohnya:

اليومُ الأحدُ / اليومُ الثلاثاءُ

[Hari ini Ahad / Hari ini Selasa]

Perkataan اليوم yang merupakan khabar muqaddam dalam dua contoh di atas dibaca marfu’.

Sebaliknya jika zorof اليوم adalah khabar kepada الجمعة dan السبت maka ia boleh dibaca marfu’ dan mansub. Contohnya:

اليومَ الجمعةُ / اليومُ الجمعةُ

Para ulama menjelaskan bahawa sebab dibaca mansub ialah kalimah الجمعة dan السبت adalah masdar bermaksud berkumpul dan berhenti daripada melakukan aktiviti. Untuk makluman,  zorof hanya akan mansub apabila ia datang sebagai penerang kepada tindakan, kejadian atau keadaan.

Adapun kalimah الأحد, الاثنين, الثلاثاء, الأربعاء dan الخميس, semuanya adalah angka, iaitu 1, 2, 3, 4 dan 5. Bukan tindakan, kejadiaan atau keadaan.

Berbalik kepada zorof yang menjadi khabar kepada الجمعة dan السبت, sebahagian ulama memilih untuk hanya memansubkannya. Kata Tajuddin al-Fakihani (w:731H) di dalam kitab رياض الأفهام في شرح عمدة الأحكام jld 3, hal 136 : Zorof yang datang sebagai khabar kepada nama-nama hari hukumnya marfu’ kecuali jika ia datang sebagai khabar kepada الجمعة dan السبت. Perkara yang sama juga dinyatakan oleh ابن فرحون (w:769) dalam kitab العدة في شرح العمدة jld 2 / Hal 179.

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: