Perkataan حَاكِم adalah isim fail kepada fi’il حَكَمَ. Antara makna perkataan حَكَمَ adalah “menghalang”. Kata Ibn Malik dalam kitab الألفاظ المختلفة في المعاني المؤتلفة, hal 147 :
“Dinamakan hakim sebagai hakim (حاكم) kerana dia menghalang orang yang zalim daripada melakukan kezaliman.”
[ Kitab ini merupakan sebuah kamus tematik yang menghimpunkan perkataan seerti berdasarkan tema atau bidang makna tertentu. Dari segi keluasan dan perinciannya, ia tidaklah sebesar kitab المخصّص karangan Ibn Sidah. ]