Doa Mengembalikan Barang Hilang

Isi Kandungan

Saya ingin kongsi satu doa atau ruqyah Ibn Umar r.a, yang diriwayatkan oleh Imam Abu Bakr al-Baihaqi (w:458h), dalam Kitab al-Daโ€™awat al-Kabir. Jld 2 / hal 188.

Doa ini boleh diamalkan untuk cari barang pribadi yang hilang. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, doa ini sangat mujarrab. Kalau saya sendiri, dah banyak kali menjadi. Alhamdulillah.

Cara amalkannya adalah:

Mula-mula ambil wuduk, kemudian solat sunat mutlak dua rakaat. Lepas tu mengucap. Kemudian baca doa di bawah :

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฑูŽุงุฏูŽู‘ ุงู„ุถูŽู‘ุงู„ูŽู‘ุฉูุŒ ู‡ูŽุงุฏููŠูŽ ุงู„ุถูŽู‘ุงู„ูŽู‘ุฉูุŒ ุชูŽู‡ู’ุฏููŠ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุถูŽู‘ู„ูŽุงู„ูŽุฉูุŒ ุฑูุฏูŽู‘ ุนูŽู„ูŽูŠูŽู‘ ุถูŽุงู„ูŽู‘ุชููŠุŒ ุจูุนูุฒูŽู‘ุชููƒูŽ ูˆูŽุณูู„ู’ุทูŽุงู†ููƒูŽุŒ ููŽุฅูู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ููŽุถู’ู„ููƒูŽ ูˆูŽุนูŽุทูŽุงุฆููƒูŽ

Maksudnya: โ€œYa Allah, Tuhan yang mengembalikan barang yang hilang, Tuhan yang memberi petunjuk kepada yang sesat, Engkau memberi petunjuk keluar daripada kesesatan. Kembalikanlah kepadaku barangku yang hilang, dengan keagungan dan kekuasaan-Mu. Sesungguhnya ia adalah daripada kurnia dan pemberian-Mu.โ€

Doa ini diamalkan untuk barang peribadi milik sendiri. Adapun barang milik orang lain atau harta yang tidak diketahui pemiliknya, itu saya tak tahu dan tak pernah amalkan.

Allah swt Maha Berkuasa. Tapi tahap keyakinan, pengharapan dan kebergantungan kepada Allah swt semasa berdoa berbeza-beza dan ia lebih kuat serta lebih jelas apabila melibatkan barang milik sendiri.

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: