TIPS BELAJAR ILMU NAHU

Isi Kandungan

Ilmu Nahu ada dua bahagian, iaitu bahagian mufradat dan bahagian murakkabat. Bahagian mufradat merujuk kepada perbahasan tentang kalimah tanpa perlu merujuknya kepada ayat, manakala murakkabat pula ialah perbahasan tentang kalimah di dalam ayat. Dari sini kita tahu bahawa strategi pembelajaran ialah menguasai bahagian mufradat terlebih dahulu, kemudian barulah beralih kepada murakkabat.

[๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐Ÿ๐ซ๐š๐๐š๐ญ]

1. Mula-mula fahami maksud al-Kalam (ุงู„ูƒู„ุงู…) dan pembahagiannya secara ringkas.

2. Kemudian kuasai ุงู„ุฅุนุฑุงุจ ูˆุงู„ุจู†ุงุก. Maksudnya, dapatkan gambaran awal yang jelas tentang konsep dan pembahagian Iโ€™rab serta konsep amil maโ€™mul yang menjadi tulang belakang ilmu nahu. Selepas itu beralih kepada al-Binaโ€™ dan senarai kalimah yang mabni. Seterusnya beralih kepada pembahagian tanda-tanda Iโ€™rab berdasarkan pembahagian Iโ€™rab sebelum ini. Dalam perbahasan tanda-tanda Iโ€™rab ini, jangan terlepas memahami kesan huruf alif dan yaโ€™ yang terdapat di hujung kalimah isim serta alif, waw dan yaโ€™ yang terdapat di hujung kalimah fiโ€™il, juga dhomir mutakklim di hujung isim terhadap kemunculan tanda-tanda Iโ€™rab.

3. Kemudian beralih kepada isim makrifah dan isim nakirah. Mulakan dengan isim nakirah, kemudian barulah isim makrifah.

Ketiga-tiga tajuk di atas, iaitu al-Kalam, al-Iโ€™rab wal al-Binaโ€™, dan Nakirah Makrifah, merupakan asas yang sama sekali tidak boleh diabaikan sebelum pergi kepada murakkabat. Kebanyakan orang yang gagal menguasai ilmu Nahu berpunca daripada kegagalan memahami bahagian mufradat ini.

[๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐ซ๐š๐ค๐ค๐š๐›๐š๐ญ]

4. Kuasai โ€˜umdah terlebih dahulu, iaitu mubtadaโ€™ khabar serta al-Nawasikh, faโ€™il dan naib faโ€™il.

5. Kemudian beralih kepada fadhlah, iaitu mafโ€™ul mutlaq, mafโ€™ul bihi, mafโ€™ul fihi, mafโ€™ul liajlihi, mafโ€™ul maโ€™ah, mustathna, hal dan tamyiz.

6. Selepas itu pergi kepada mudhof ilaih, iaitu yang berada di antara umdah dan fadhlah.

7. Kemudian pergi kepada perbahasan tawabiโ€™, iaitu naโ€™at, atof, badal dan taukid. Selepas itu beralih pula kepada perbahasan uslub seperti ุฃุณู„ูˆุจ ุงู„ุชุนุฌุจ, perbahasan ู†ูุนู’ู… ูˆุจุฆุณ dan perbahasan ุญูŽุจู‘ูŽุฐูŽุง.

8. Seterusnya beralih kepada perbahasan fiโ€™il mudhoriโ€™. Di sinilah kita akan mempelajari tentang fiโ€™il mudhoriโ€™ marfuโ€™, mansub dan majzum. Pada bahagian ini juga akan dipelajari tentang ayat syarat, jumlah insyaiyyah dan seumpamanya.

Selain tajuk-tajuk yang disebut di atas, semuanya merupakan tajuk-tajuk yang bersifat subtopik. Contohnya, perbahasan al-Isytighal dalam bab maf’ul bihi, perbahasan munada, istighasah, tarkhim dan nudbah yang juga diletakkan di bawah bab maf’ul bihi, serta perbahasan ุนุฏุฏ, ูƒูŽู…ู’, ูƒูŽุฃูŽูŠู‘ูู† dan ูƒูŽุฐุง di bawah bab tamyiz. Begitulah susunannya. Tidak ada satu pun tajuk dalam ilmu nahu melainkan akan kembali berada di bawah bab-bab besar yang telah disebutkan di atas.

Setiap bab dalam bahagian murakkabat ini pemahamannya bergantung kepada pemahaman kita terhadap bahagian mufradat tadi. Jika kita sukar memahami bahagian murakkabat, maka masalah sebenar berpunca daripada kelemahan pada bahagian mufradat.

Dalam masa yang sama, apabila hendak mengaplikasikan tajuk-tajuk dalam murakkabat ini, kita perlu menguasai ilmu sorof amali, iaitu sekurang-kurangnya menguasai semua yang melibatkan pembentukan isim dan fiโ€™il. Itu sudah mencukupi tanpa perlu menguasai bab Iโ€™lal dan ibdal secara mendalam.

๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฌ๐จ๐ซ๐จ๐Ÿ ๐ข๐ง๐ข , Aljahiz ada buka kelas online baru Ilmu Sorof menggunakan kitab al-Miftah karangan Imam Abdul Qahir al-Jurjani dan saya sebagai pengajarnya. Klik link di bawah untuk pertanyaan lanjut:

https://wa.link/7n6ssb

https://wa.link/7n6ssb

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: