1. Antara kitab-kitab Nahu yang banyak merungkai kemusykilan saya berhubung apa yang diperbahaskan tentang Nahu adalah hasyiah-hasyiah ياسين الحمصي terutamanya حاشية ياسين على التصريح.
2. Misalnya penisbahan bait إن ساكنان التقيا اكسر ما سبق. Dikatakan bait ini adalah bait Ibn Malik dalam الكافية الشافية. Jadi ketika saya tulis buku huraian matan al-Ajurrumiyyah, tahun 2008 macam tu saya cuba cari bait ini di dalam kitab الكافية. Saya ulang baca tiga ribu bait al-Kafiyah itu kalau tak silap 3 atau 4 kali dan hampir-hampir menghafalnya namun tidak jumpa. Waktu itu saya yakin yang bait ini bukan dari kitab كافية ابن مالك.
3. Tapi saya tetap mencari. Akhirnya saya jumpa dalam kitab حاشية الصبان على شرح الأشموني. Beliau menyebut bait berkenaan selepas berkata كما قال. Kita tidak tahu siapakan fail قال sama ada الأشموني atau ابن مالك. Saya terus mencari lagi dan akhirnya saya jumpa di dalam حاشية ياسين على التصريح. Kata beliau, قيل atau قال شيخنا. [ Saya tidak pasti sekarang ]. Saya tetap tidak tahu siapakah pengungkap bait tersebut tapi apa yang pasti adalah bukan Ibn Malik dalam الكافية.
4. Jika saya lihat di google, rata-ratanya menisbahkan bait itu kepada Ibn Malik tapi sumber mereka hanya satu, iaitu syarah Alfiyah Ibn Malik oleh Ibn ‘Uthaimin atau syarah Al-Ajurrumiyyah oleh Ibn ‘Uthaimin juga. Saya percaya, Ibn Uthaimin tersilap dalam perkara ini dan saya percaya puncanya adalah kata-kata al-Sabban كما قال tadi. Akan tetapi saya lebih suka kalau saya yang silap. Saya masih lagi meletak harapan kalau-kalau saya terlepas pandang dalam al-Kafiyah itu.
5. Walaupun حاشية ياسين على التصريح itu dipenuhi dengan maklumat yang jarang-jarang ditemui di dalam kitab Nahu lain, namun kerap kali di dalam hasyiah tersebut beliau mengatakan “aku telah jelaskannya di dalam kitab حاشية ياسين على مختصر المعاني لسعد الدين التفتازاني. Contohnya masalah لو الوصلية yang statusnya huruf syarat tanpa jawab syarat.
6. Beliau sebut sedikit sahaja di dalam حاشية ياسين على التصريح (gambar 1) dan selebihnya beliau suruh tengok dalam حاشية ياسين على المختصر (gambar 2). Malangnya kitab tersebut sekadar yang saya tahu masih belum dicetak. Mungkin telah dicetak tapi saya tidak tahu. Tapi alhamdulillah manuskripnya ada dimuatnaik di internet. Baca manuskrip ini letih sikit sebab tak ada isi kandungan. Tapi kerana ingin tahu kena baca juga dari awal sampai jumpa.
7. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. [ Lihat gambar ]. Tidak ada apa-apa yang saya nak kongsikan di sini melainkan peri pentingnya hasyiah-hasyiah Yasin al-Himsi pada saya sepanjang saya bertatih-tatih dalam bidang Nahu ini.
8. Cerita kitab atau kisah buku ini 1001 macam kisah jika nak diceritakan. Ada kisah sedih, gembira sampai sujud syukur, menitis air mata, pasrah, kecewa dan macam-macam.
9. Semua itu kisah suka dan duka dalam memastikan kesahihan maklumat yang ingin dikongsikan. Biar susah sikit tak mengapa asalkan orang lain tidak runsing kerana kita dan tidak bergaduh kerana kita.