Mei 16, 2023
Cara menarik perhatian seseorang untuk dengar apa yang ingin kita katakan dan cara balas 🙂
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Banyak ungkapan yang boleh digunakan sebenarnya, tapi yang paling kerap digunakan oleh orang Arab ialah:

!اِسْمَعْ

Dengar!

Misalnya kita nak beritahu kawan kita yang kita nak pergi rumah dia, kita kata:

اِسْمَعْ! أَزورُكَ غدًا في بَيْتِكَ

Dengar! Aku nak pergi rumah kamu esok.

Biasanya ungkapan اسمع ini digunakan sesama rakan atau seseorang yang tidak terlalu besar di mata kita.

!اُنْظُرْ

Lihat!

Ini digunakan untuk menarik perhatian seseorang agak fokus dan memikirkan apa yang ingin kita katakan. Contohnya:

اُنْظُرْ! هذه المسألة ليستْ هيِّنةً

Lihat! Persoalan ini bukan mudah.

!أَقُولُ لَكَ

Orang utara sebut, “Nih, aku nak bagitau nih”. Begitulah lebih kurang. Bila dengar orang kata, أقول لك kepada kita terus sahut, ياللا هَات “Hah, bagi mai”. (Loghat orang utara).Orang Saudi jawab, اِيوا قُلْ (iiwa gul) atau lain-lain.

Orang Arab pula lain negara lain cara sebutnya. Kalau Mesir mereka sebut “Ba-ullak ee”. Kalau Saudi mereka sebut, “Agullak”.

Untuk اسمع, cara sahutnya adalah, نَعَمْ atau أَهْلًا dan sebagainya.

Untuk perkataan اُنْظُرْ, orang Mesir cakap بُصْ (bussص), orang Saudi dan negara-negara Teluk sehutbشُفْ (syuf).

Mengetahui perkara ini penting supaya kita dapat gunakan frasa yang betul untuk tujuan seperti ini. Tak ada lah bunyi, يا يا يا. Macam Korea marah pula jadinya.😄

Kongsikan Artikel Ini: