Memberitahu tentang Keadaan Kesihatan yang Kurang Memuaskan

Isi Kandungan

Untuk memberitahu keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, anda hanya perlu mengenal pasti nama penyakit menerusi kamus dan letakannya di selepas perkataan:

عِنْدِي 

Contohnya:

عِنْدِي زُكَام 

Saya selsema.

Huruf ya’ (ي) di selepas perkataan عِنْد boleh disesuaikan dengan perujukan kata ganti nama diri. Misalnya عِنْدَكَ (kamu).

هَلْ عِنْدَكَ زُكَام؟ 

Adakah kamu selsema?

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: