Isim fa’il hadir dalam ayat sebagai kata nama, kata adjektif dan kata kerja.
Contoh pertama ialah ialah هذا طالب. Contoh kedua ialah المنزل واسع. Manakala contoh ketiga ialah أنا كاتب الرسالة.
Untuk contoh ketiga, iaitu kehadiran isim fa’il sebagai kata kerja, jika ditanwinkan maka makna dan fungsinya sama seperti fi’il mudari’. Jika tidak, ia seperti fi’il madi.
أنا كاتبٌ الرسالةَ = أنا أكتب الرسالة
أنا كاتبُ الرسالةِ = أنا كتبت الرسالة