Kitab Sibawaih,
Dalam bidang Nahu kami tidak pernah diajar atau diminta untuk merujuk kitab Sibawaih, tapi kami diajar kitab-kitab seperti Alajurrumiyyah, Qatrunnada, Syuzuruzzahab, Alfiyyah Ibn Malik atau kitab-kitab Ibn Hajib dan seumpamanya.
Dari kitab-kitab ini lah kami mengutip pandangan-pandangan Sibawaih dan pilihan-pilihannya. Setelah beberapa ketika atau setidaknya dari masa ke semasa kami cuba intai-intai apa yang ada di dalam kitab Sibawaih. Namun kami dapati hampir semuanya telah dirumuskan, dibentangkan dan dan diulas oleh sekian banyak kitab yang selama ini guru kami ajarkan atau minta dirujuk.
Luhur sungguh para alim ulama dan betapa tindakan mereka penuh hikmah. Mereka tidak menjadikan kitab Sibawaih sebagai rujukan kerana ada sebabnya dan sebab itu lebih sukar dijelaskan berbanding difahami. Saya tidak perlu berfalsafah untuk menerangkan sebabnya, tapi cubalah baca beberapa halamannya dan bandingkan jika anda membaca kitab-kitab yang disebut tadi.
Tidak ada siapa pun yang menghalang kitab Sibawaih dibaca tapi sebelum itu pastikan kain, tiang dan tali layar kapal anda benar-benar kuat dan kukuh.
Bagi yang nak belajar bahasa Arab, boleh lah tengok2 di sini www.aljahiz.my/kba/ 😊