
Kitab tafsir ini dikarang oleh dua orang ulama besar yang hidup di antara kurun ke-8 dan ke-9 hijrah. Hubungan kedua-dua pengarang ini adalah hubungan guru dan murid. Imam Jalaluddin al-Mahalli (791โ864H) adalah guru dan Imam Jalaluddin al-Sayuti (849-911H) pula adalah murid.
Bahagian yang dikarang oleh Imam al-Mahalli bermula dari awal surah al-Kahfi sehingga akhir surah al-Nas kemudian diikuti surah al-Fatihah. Belum sempat beralih ke tafsir surah al-Baqarah ajal beliau dijemput Ilahi, rahimahullah. Selepas sekitar enam tahun kewafatan beliau, muridnya Imam al-Sayuti rahimahullah yang ketika itu berusia di antara 21 dan 22 tahun mula mentafsirkan surah-surah yang berbaki, iaitu daripada awal surah al-Baqarah sehingga akhir surah al-Israโ mengikut metode yang sama yang digunapakai oleh gurunya sebelum ini.
Kata Imam al-Sayuti di akhir surah al-Israโ,
ูุฐุง ุขุฎูุฑ ู ุง ููู ูููุชู ุจู ุชูุณูุฑู ุงููุฑุขู ุงููุฑูู ุงูุฐู ุฃูููููููู ุงูุดูุฎ ุงูุฅู ุงู ุงูุนุงูู ุงูู ุญูู ุฌูุงู ุงูุฏูู ุงูู ุญูู ุงูุดุงูุนู ุฑุถู ุงููู ุนูู
โIni adalah bahagian terakhir tafsir al-Quran al-Karim yang aku sempurnakan, yang dikarang oleh al-Syaikh al-Imam al-Alim al-Muhaqqiq Jalaluddin al-Mahalli al-Syafie r.aโฆโ
Imam al-Sayuti hanya mengambil masa sekitar 40 hari untuk menyiapkan tafsirnya yang bermula daripada awal surah al-Baqarah sehingga akhir surah al-Israโ. Perkara ini diceritakan selepas ayat terakhir surah al-Israโ.
ููุฑุบ ู ู ุชุฃูููู ููู ุงูุฃุญุฏ ุนุงุดุฑ ุดูุงู ุณูุฉ ุณุจุนูู ูุซู ุงูู ุงุฆุฉ ููุงู ุงูุงุจุชุฏุงุก ูู ููู ุงูุฃุฑุจุนุงุก ู ุณุชูู ุฑู ุถุงู ู ู ุงูุณูุฉ ุงูู ุฐููุฑุฉ
โBeliau (al-Sayuti) selesai mengarangnya pada Ahad hari ke-10 Syawwal tahun 870H dan beliau mula mengarang pada hari Rabu awal Ramadan tahun yang sama.”
Sumber utama tafsir al-Jalalain seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Sayuti di dalam kitab ุจุบูุฉ ุงููุนุงุฉ ูู ุทุจูุงุช ุงููุบูููู ูุงููุญุงุฉ ketika memperkatakan tentang ุงูุฅู ุงู ู ููู ุงูุฏูู ุงูููุงุดู ุงูู ูุตูู ialah ุชูุณูุฑ ุงููููููุงุดูู oleh Imam Muwaqquddin al-Kawwasyi, ุชูุณูุฑ ุงูุจูุถุงูู dan ุชูุณูุฑ ุงุจู ูุซูุฑ.