Nota Bahasa Arab | Biar betul !

Isi Kandungan

Biasanya digunakan untuk mengekspresikan rasa terkejut seakan-akan tidak percaya dengan sesuatu yang baru sahaja dilihat atau didengari.

Terdapat beberapa padanan bahasa Arab yang kita boleh guna, antaranya :

مَعْقُول !

Contohnya : “Biar betul engkau tidak tahu !”

مَعْقُولٌ أنَّكَ لا تَعْرِف؟!

Ungkapan معقُول ini diungkapkan menggunakan intonasi pertanyaan, bukan pernyataan.

Berhubung ungkapan غَير معقُول atau ليسَ معقُولًا, ungkapan ini bermaksud “tidak masuk akal / tidak logik / mengarut dsb”. Ia diungkapkan dalam bentuk pernyataan. Contohnya :

لَيْسَ مَعْقُولًا أنَّك لا تَعْرِف

Tidak logik engkau tidak tahu.

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: