Bila anda berkata “saya tertinggal pen di dalam kereta”, maksudnya adalah anda lupa membawanya bersama-sama anda. Jadi ayat ini diterjemahkan seperti berikut :
نسيت القلم في السيارة
Jika anda menterjemahnya menggunakan تركت القلم في السيارة, ia sudah tidak lagi menunjukkan perihal terlupa. Anda memang sengaja meletakkannya di dalam kereta.
Begitu juga dengan ayat “Apa masalah kamu?”. Jika diterjemahkan sebagai ما مسألتك, maka maksudnya ialah “apakah permintaan kamu?”. Perkataan yang sesuai untuk maksud “masalah” dalam ayat di atas ialah مشكلة, bukan مسألة, sebab maksud مسألة ialah persoalan, permintaan dsb.
Begitu juga dengan “mereka menfitnah saya”, bukan فتنوني, sebaliknya افتروا عليّ.