Nota Sorof | Biasanya jamak taksir wazan فُعُل adalah jamak kepada sifah wazan فَعُول dengan syarat:
- Sifah فَعُول itu mesti membawa makna فَاعِل
- Sifah فَعُول itu digunakan untuk muzakkar dan juga muannath. Contohnya:
رَجُلٌ حَسُودٌ / امْرَأةٌ حَسُودٌ
Sifah wazan حَسُود digunakan untuk رجُل dan امرأَة tanpa perlu diubah. Lafaz untuk muzakkar dan muannathnya adalah sama.
Jika begitu keadaannya, maka jamaknya adalah فُعُل. Contohnya:
حَسُود ج حُسُد (seorang pendengki)
شَكُور ج شُكُر (seorang yang sangat berterima kasih)
صَبُور ج صُبُر (seorang yang sangat penyabar)