Ketika hendak sambungkan nun mati yang terdapat pada huruf jar مِنْ dengan huruf mati yang terdapat pada pangkal kalimah selepasnya, nun mati مِنْ akan:
(1) Difathahkan jika kalimah selepasnya bermula dengan alif lam. Contohnya مِنَ النَّاس, مِنَ الصَّواعِق, مِنَ الثَّمَرات dan sebagainya.
(2) Difathahkan atau dikasrahkan apabila kalimah selepasnya tidak mempunyai alif lam dan bermula dengan hamzah wasal. Contohnya potongan hadis Ibn Mas’ud r.a yang berbunyi:
أَنَّ رَجُلًا أَصَابَ مِن امْرَأَةٍ قُبْلَةً
Terdapat dua cara untuk menyambung nun mati pada kalimah مِنْ dengan kalimah امْرَأة selepasnya. Pertama fathahkannya مِنَ امْرَأَةٍ dan kedua kasrahkannya, iaitu مِنِ امْرَأَة.
Dalam Alfiyyah Ibn Malik bab isim dhomir terdapat bait yang berbunyi:
كَاليَاءِ وَالكَافِ مِنِ ابْنِي أَكْرَمَكْ # وَاليَاءِ وَالهَا مِنْ سَلِيهِ مَا مَلَكْ
Seperti anda dapat lihat nun mati مِنْ dikasrahkan, iaitu مِنِ ابْنِي أَكْرَمَك. Anda mungkin biasa mendengar hadis-hadis seperti,
إنَّ الشَّيْطانَ يَجْرِي مِنَ ابْنِ آدَمَ مَجْرى الدَّمِ
فَمَنَعَهُ مِنَ ابْنِ السَّبيل
أَنَّ رسول الله انْصَرَفَ مِنَ اثْنَتَيْنِ
Semua itu harus dibaca dengan baris kasrah, iaitu مِنِ ابْنِ آدَم, مِنِ ابْنِ السَّبِيل, مِنِ اثْنَتَيْنِ. Ada yang mewajibkan namun ia bercanggah dengan amalan para perawi hadis atau ulamak-ulamak hadis dalam kitab-kitab hadis. sebentar lagi saya nyatakan asas amalan mereka tersebut.
Contoh-contoh lain ialah مِنِ انْطِلَاقِكَ, مِنِ انْفِتَاحِكَ dsb. Seperti mana boleh dikasrahkan ia juga boleh difathahkan, مِنَ انْطِلَاقِكَ, مِنَ انْفِتَاحِكَ. Kata Sibawaih dalam al-Kitab 4/155:
وَقَدْ فَتَحَ قَوْمٌ فُصَحَاءُ فَقَالُوا: مِنَ ابْنِكَ، فَأَجْرُوهَا مُجْرَى مِنَ المُسِلمين
“Ada orang-orang Arab fasih yang menfathahkan huruf nun. Mereka mengungkapkannya مِنَ ابْنِكَ. Mereka samakannya dengan مِنَ المسلمين.”
Jadi kenyataan Sibawaih ini adalah asas kepada amalan menfathahkan nun mati dalam contoh-contoh seperti مِنَ امْرَأَة, مِنَ ابْنِ dll.