Julai 9, 2025
INFO NAHU | Nun tanda rafa’ Af’al Khamsah bertembung dengan Nun Wiqayah
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Apabila Nun tanda rafa’ Af’al Khamsah (أَفْعَال خَمْسَة) bertembung dengan Nun Wiqayah (نُون وِقَايَةٍ) seperti يَسْأَلُونَنِي, maka tiga perkara yang kita boleh lakukan terhadap Nun Tanda Rafa’ tersebut.

(1) Nun Tanda Rafa’ dimasukkan / diidghamkan (إِدْغَام) ke dalam Nun Wiqayah, seperti يَسْأَلُونِّي. Firman Allah s.w.t:

قُلْ أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَأْمُرُونِّي أَعْبُدُ أَيُّهَا الْجَاهِلُونَ : الزمر

(2) Nun Tanda Rafa’ dan Nun Wiqayah dibiarkan terlerai (فَكّ) tanpa idgham, seperti يَسْأَلُونَنِي. Firman Allah s.w.t:

أَتُجَادِلُونَنِي فِي أَسْمَاءٍ سَمَّيْتُمُوهَا : الأعراف

(3) Gugurkan Nun Tanda Rafa’ digugurkan, seperti يَسْأَلُونِي.

Kata Ibn Malik rahimahullah dalam al-Kafiyah:

وَحَذْفُهَا فِي الرَّفْعِ قَبْلَ (نِي) أَتَى # وَالفَكُّ والإِدْغَامُ أَيْضًا ثَبَتَا

“Ketika marfu’ ia digugurkan sebelum نِي dan juga boleh dibiarkan kedua-duanya terlerai dan juga boleh diidghamkan nun yang pertama ke dalam nun yang kedua.”

Kongsikan Artikel Ini: