Terdapat dua maksud untuk perkataan رِجَال di dalam al-Quran. Pertama membawa maksud “lelaki” yang merupakan jamak bagi رَجُل dan kedua merujuk kepada orang-orang yang berjalan kaki, iaitu jamak bagi lafaz رَاجِل.
Firman Allah swt :
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا – النحل : ٤٣
“Kami tidak uruskan sebelum engkau kecuali lelaki-lelaki…”
Perkataan رِجال dalam ayat di atas bermaksud lelaki-lelaki.
Firman Allah swt :
يَأْتُوكَ رِجَالًا – الحج: ٢٧
“… pasti mereka datang kepadamu dalam keadaan berjalan kaki.”
Perkataan رِجَال dalam ayat ini merujuk kepada orang-orang yang berjalan kaki. Di sini bukan bermaksud lelaki.
Jom belajar Bahasa Arab al-Quran di :