Terokai fi’il

Isi Kandungan

Antara asbab kejayaan seseorang dalam menguasai Bahasa Arab adalah keghairahannya menerokoi selok belok fiil (kata kerja). Setiap kali terjumpa fi’il jangan berlalu sehinggalah anda perkara-perkara berikut :

1. Jika fi’il tiga huruf pastikan anda tahu adakah huruf keduanya berbaris fathah, kasrah atau dhommah. Sekiranya boleh dibaca dengan dua jenis baris, lihat sama ada wujud perbezaan atau tidak. Kemudian lihat baris huruf kedua fi’il mudhori’ pula. Sebutkannya berulang-ulang kali. Seterusnya masdar. Jangan pandang ringan tiga perkara ini sahabat.

2. Lihat bagaimana fi’il tersebut dihubungkan dengan objeknya sama ada secara langsung atau berperantarakan huruf jar.

3. Hafal perkataan sebelum dan selepas fi’il tersebut dan cuba kenal pasti sama ada ia sebuah struktur kolokasi atau tidak. Jika sebuah struktur kolokasi, sila buat catitan.

4. Sambil melakukan perkara-perkara di atas terus terokai dan mendalami makna yang diperuntukkan oleh fi’il berkenaan. Lihat contoh-contoh yang diberikan.

5. Lakukan semua di atas dengan bantuan mu’jam. Berbagai-bagai mu’jam atau kamus yang ada. Tapi saya cadangkan laman web almaany dot com. Almaany dot com memaparkan hasil carian beberapa kamus Arab – Arab. Atau sebarang kamus lain yang anda selesa. Masing-masing ada pilihan sendiri dan saya tidak banyak tahu tentang ini. Saya tahu satu tu sahaja. Jangan terlalu berbahas tentang ini. Ada perkara lebih mustahak daripada itu.

6. Poin terakhir penting. Enjoy melakukan semua di atas dan jangan gopoh. Lakukan sedikit demi sedikit tapi berterusan. Perbagaikan bahan, sekarang al-Quran, sekejap lagi hadis kemudian bacaan umum pula, buku-buku pengajian atau bidang. Bahan yang akan libatkan kita dengan fiโ€™il banyak. Setiap orang berbeza, tak sama. Buat sahaja dan jangan terlalu berteori di sini. Takut nanti tak buat apa-apa.

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: