Nota Nahu | Alif ما الاستفهامية digugurkan ketika ia berada dalam keadaan majrur

Isi Kandungan

1. Huruf alif yang ada pada ما الاستفهامية yang tidak disusuli ذَا wajib digugurkan ketika ia berada dalam keadaan marjur, sama ada disebabkan oleh huruf jar atau idhofah. Contohnya:

لِمَ لم تَحضُرْ أمسِ؟

Kenapa engkau tidak hadir semalam?

عَلامَ الغَضَبُ؟

Atas sebab apa marah ini?

بِمَ عرفتَ ربَّك؟

Dengan apa engkau kena Tuhanmu?

عَمَّ يتساءلُون؟

Tentang apa mereka saling bertanya-tanya itu?

2. Lihat لِمَ, علامَ, بِم dan عَمَّ. Semuan ما al-istifhamiyyah itu tidak disusuli oleh ذا ketika mereka dijarkan oleh huruf jar عن, على, ب dan ل. Maka oleh sebab itu alif yang ada pada ما wajib digugurkan.

3. Kita tidak boleh kata لِما, علاما, بما, عما, فيما dsb. Sebabnya nanti akan terkeliru dengan ما الموصولة, ما الشرطية dan sebagainya.

4. Satu lagi jika kita waqaf atas huruf مَ yang telah dibuang alifnya disebabkan apa yang disebut tadi, maka harus didatangkan هَاء الوَقْف selepasnya. Contohnya :

إنْ كانَ عِندي فَلِمَهْ؟

“Jika ia ada dengan aku maka kenapa?”

Harus bermakna tidak wajib. Jadi tidak salah jika kita kata :

إنْ كانَ عِندي فَلِمَ؟

5. Namun keharusan meletakkan هاء الوقف ini akan bertukar wajib apabila ما istifham itu majrur disebabkan idhofah. Contohnya :

وَضْعُ مَهْ؟

“Letak apa?”

Kita tidak boleh kata :

وَضْعُ مَ

6. Kata Ibn Malik :

وَما في الاستفهامِ إنْ جُرَّتْ حُذِفْ # أَلِفُها وَأَوْلِها الهَا إنْ تَقِفْ

“Dan ما dalam bab istifham jika dijarkan maka dihazafkan alifnya dan datangkan هاء selepasnya jika engkau waqaf.”

وَلَيْسَ حَتْمًا في سِوَى ما انْخَفَضا # بِاسمٍ كَقَولِك اقتِضاءَ مَ اقتَضَى

“Dan datangkan هاء الوقف itu tidaklah wajib melainkan pada ما yang majrur disebabkan oleh isim, yang mudhof dalam bab idhofah seperti اقتضاء م اقتضى.”

7. Maksudnya jika kita waqaf, seperti اقْتَضَى اقتِضاءَ مَ, maka kita kena letak هاء. Jadilah :

اقْتَضَى اقْتِضاءَ مَه؟

Untuk faham ayat contoh Ibn Malik ini kita kena faham penggunaan اقتضى dalam kalangan ulama ketika mereka berinteraksi dengan nas-nas hukum. Misalnya هذا الأمر يقتضي الوجوب atau هذا الأمر يقتضي الإباحة atau هذا الأمر يقتضي الندب. Setelah memahami ayat-ayat ini barulah kita faham soalan :

اِقْتَضَى اقتِضاءَ مَهْ؟

“(Arahan atau apa-apa nas) Ini menunjukkan apa?”
Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: