Jika saya pergi ke negara yang saya tidak pernah tahu sepatah perkataan pun bahasa penduduk negara tersebut, perkataan pertama yang saya akan cari ialah ‘saya’, ‘kamu’, ‘dia’, ‘mereka’. Golongan kata seperti ini dipanggil ‘kata ganti nama diri’, atau dalam bahasa Arabnya ialah ‘dhomir’. Kemudian, saya akan mencari perkataan ‘ini’ dan ‘itu’, golongan kata seperti ini dipanggil ‘kata ganti nama tunjuk’, atau dipanggil ‘isim isyarah’. Kemudian, saya saya akan mncari pula perkataan-perkataan yang menunjukkan objek-objek yang saya sentiasa memerlukannya, seperti makanan dan lain-lain. Seterusnya saya perlukan perkataan-perkataan yang menunjukkan perbuatan yang sering saya lakukan, atau sering saya lihat.
Lama kelamaan, saya ingin tahu bagaimana perkataan-perkataan dalam bahasa itu dibentuk, dan seterusnya bagaimanakah ia digabungkan antara satu sama lain, sebab saya yakin yang bahasa itu tidak mungkin dipertuturkan begitu sahaja tanpa sebarang undang-undang yang mengikatnya.