Saling Melengkapkan Sesama Ahli Bidang

Isi Kandungan

Ustaz, ada kemungkinan tak pemegang PhD atau profesor dalam bidang Bahasa Arab tidak menguasai bahasa Arab?

Jiran saya tanya selepas solat Jumaat tadi. Dia tak tahu menahu tentang bahasa Arab ni. Cuma dia ada dengar orang cakap2 dan dia nak tahu saja.

Saya kata sejujurnya memang ada yang tidak begitu mahir dari sudut penulisan dan percakapan. Malah ada yg kemahiran membaca teks Arab pun tidak berapa bagus. Tapi tak ramai lah. Kebanyakan pemegang PhD bahasa Arab yang saya kenal, mereka sangat menguasai bahasa Arab.

Tapi sya kata, kekurangan itu tidak menafikan kebolehan mereka untuk menjalankan penyelidikan. Ini kerana dalam bidang pengajian Bahasa Arab terdapat banyak research areas yang tidak memerlukan penguasaan bahasa Arab yang tinggi. Bidang-bidang ini lebih menumpukan kepada theoretical frameworks, data analysis (termasuk quantitative dan qualitative methods), language education dan curriculum design, applied linguistics, technology-enhanced language learning (TELL), translation studies serta kajian berbentuk sociolinguistic dan discourse analysis.

Bidang-bidang mcm ni memberi ruang kepada penyelidik untuk menyumbang secara signifikan tanpa perlu menguasai teks-teks Arab klasik atau kemampuan bertutur pada tahap native-like proficiency. Fokus mereka biasanya pada metodologi, teori dan aplikasi, bukan pada kemahiran berinteraksi secara langsung dengan turath Arab.

Para asatizah bergelar Dr atau profesor dalam bidang Arab tidak datang daripada laluan kepakaran yang sama. Ada yang pakar dalam language pedagogy, ada yang dalam educational technology, ada yang dalam corpus linguistics dan ada juga yang terlibat dalam policy research. Setiap orang ada keperluan kompetensinya yang tersendiri dan saling melengkapkan sesama ahli bidang, insyAllah.

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: