Ilmu bayan melatih seseorang untuk melihat bahasa Arab terutamannya al-Quran, hadis dan teks-teks sastera dari sudut yang lebih mendalam dan secara tersirat.
Ketika orang lain memahami واعتَصِمُوا بحَبْلِ الله [Ali Imran : 103] dengan maksud “Berpeganglah dengan tali Allah..”, penuntut ilmu bayan memahaminya dengan maksud “Berpeganglah dengan agama Allah yang digambarkan seperti tali agar terselamat daripada arus kesesatan yang deras.”
Orang lain membaca فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ [al-Hijr : 94] dengan maksud “Sampaikanlah secara berterus terang akan apa yang diperintahkan kepadamu..”. Tapi penuntut ilmu bayan melihat فاصدَع بما تؤمر dengan maksud “Sampaikan apa yang kamu diperintahkan itu bagaikan kamu menghempas kaca di tengah-tengah kesunyian.” Penuntut ilmu bayan melihat Isti’arah tasrihiyyah taba’yyah pada perkataan اصدَع dan isti’arah makniyyah asliyyah pada perkataan ما تؤمر dalam ayat itu.
Tanpa ilmu bayan kita hanya memahami ayat فأذاقَها الله لباس الجوع والخوف [al-Nahl : 112] dengan maksud “Lalu Allah membuatkan mereka merasai kelaparan dan ketakutan..”. Tapi dengan ilmu bayan kita akan melihat لباس الجوع والخوف sebagai frasa perumpamaan (Tasybih). Maksudnya Allah sengsarakan mereka dengan rasa lapar dan takut yang meyelubungi mereka seperti pakaian yang melitupi setiap inci tubuh mereka.
Ilmu bayan secara konsisten melatih seseorang untuk melihat bahasa dari dua sudut yang berbeza, iaitu sudut hakikat dan sudut majaz. Ayat إنما يأكلون في بطونهم نارا [al-Nisa’ : 10] “Orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak betul sebenarnya mereka sedang memakan api di dalam perut mereka.” Hakikatnya bukan api yang mereka sedangkan makan tapi makanan dari sumber haram yang akan mengakibatkan mereka dihumban ke dalam api neraka kelak. Majaz mursal di sini.
InsyaAllah 15 Mei nanti saya akan poskan buku terbaru saya ini kepada sahabat-sahabat yang telah membuat tempahan awal. Tempahan awal ini jika anda ingin tahu adalah sumbangan besar kepada pihak penerbit dalam usaha menerbitkan buku. Jika tidak separuh pun, suku modal telah terhimpun dari wang anda. Jazakumullahu khairal jazak.
Siapa yang telepas sebelum ini boleh klik link berikut: https://wa.link/k44any