Ayat ini biasanya digunakan untuk memberitahu atau membincangkan sesuatu yang agak personal dengan seseorang. Sambil memandang ke arahnya, kita ucap, “Hey, aku ada sesuatu nak cakap dengan engkau”. Mungkin dalam keadaan lain seorang ketua berkata kepada anak buahnya, “Saya mahu berbincang dengan kamu berhubung satu perkara”.
Lazimnya bila mendengar ayat ini, orang akan rasa sedikit gementar, resah atau tertanya-tanya apakah yang ingin dibincangkan.
أُرِيدُكَ في مَوْضُوعٍ
u-ri-du-ka fi mau-dhuu’