Mei 30, 2023
Aku, Bahasa Arab dan Buku “Binaan Ayat Bahasa Arab”
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Sepanjang saya mempelajari bahasa Arab, kesukaran paling besar yang saya hadapi adalah membina struktur ayat bahasa Arab.

Dalam bulatan kesukaran ini, kesukaran paling utama adalah apabila ingin membuat perujukan masa dalam bahasa Arab menggunakan kata kerja secara tepat dan berkesan.

Untuk mengatasi kesukaran ini, saya mengambil masa yang agak lama. Bukan sekejab. Bukan menerusi mana-mana buku, tapi menerusi pengamatan terhadap teks-teks Arab sama ada klasik mahupun moden.

Setelah hampir 10 tahun saya memikirkan perkara ini dan mengumpul maklumat yang secukupnya. Pada hujung tahun 2015 saya tulis sebuah buku berjudul “Binaan Ayat Bahasa Arab”.

Mengapa begitu? Bukankah kita mewarisi bertimbun-timbun buku Nahu? Ya, kita mewarisi buku nahu. Bukan buku tatabahasa Arab yang ditujukan khas kepada orang Melayu dengan cara dan kaedah yang sesuai dengan orang Melayu. Untuk ke situ, saya telah lakukan rombakan besar dalam banyak perkara termasuklah susunan bab dan juga pengistilahan. Saya tidak mendakwa kesempurnaan, tapi itulah usaha yang telah saya lakukan untuk mengisi kekosongan yang ada di dalam bidang pembelajaran bahasa Arab di Malaysia.

Alhamdulillah, buku ini mendapat sambutan yang sangat baik dari pembaca. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang membelinya. Sepanjang tempoh itu buku ini telah diulang cetak sebanyak 5 kali yang menjadikan jumlahnya 25 ribu naskah.

Kini buku ini tampil dengan wajah baharu dengan sedikit pembetulan.

Harapan saya adalah apa yang saya lakukan sepanjang 10 tahun lepas dapat dilakukan oleh pembaca dalam masa 10 bulan.

P/s : Siapa yang ingin dapatkan buku ini dan buku-buku tentang bahasa Arab tulisan saya secara online, boleh klik pautan berikut: https://aljahiz.my/buku/

Kongsikan Artikel Ini: