Disember 31, 2024
“Aku layan dia sahaja” dalam bahasa Arab
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

“Aku layan dia sahaja”. (Ikut sahaja tanpa membantah).

Buku nota perbualan bahasa Arab ini saya tulis semasa saya bercuti di Langkawi. Suatu hari tu saya terlihat seorang pemandu pelancong terkial-kial nak cakap “layan ja, jangan ambil peduli sangat” dalam bahasa Arab. Kalau dalam dalam bahasa pasar kita kata مَشِّيهِ.

Balik ke bilik saya terus ambil kertas dan mula menulis. Mula-mula saya fikir nak tulis perbualan yang sesuai untuk pemandu pelancong Arab tapi setelah difikirkan manfaatnya, fikiran saya terus terarah kepada sahabat-sahabat penuntut bahasa Arab.

Bila habis bercuti dan sampai di pejabat saya sambung menulis secara serius. Dalam masa lebih kurang dua minggu buku kecil ini dapat disiapkan. Buku kecil yang mudah sahaja, sebab tu cepat. Semua orang boleh tulis.

Saya pernah pasang hasrat untuk sambung perbualan yang terhenti di sekolah menengah tu ke perbualan sesama pelajar universiti dan di alam kerjaya. Tapi malas ni ya Rabbi, bagaikan rotan sebesar batang balak. Hehe

Kongsikan Artikel Ini: