Jun 26, 2023
Antara kegunaan “Ahlan Wa Sahlan”
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Bila seseorang ucap شُكْرًا di atas apa yang kita hulurkan kepadanya sama ada bantuan, perkhidmatan dan sebagainya, banyak ucapan balas yang kita boleh gunakan. Antaranya:

أَهْلًا وَسَهْلًا

Ucapan ini akan menampakkan kita begitu senang hati dengan apa yang kita berikan kepadanya terutamanya yang berbentuk perkhidmatan.

Misalnya, kita tolong tunjukkan arah jalan. Dia cakap, شُكْرًا (terima kasih). Lalu kita pun jawab “Ahlan wa sahlan” sambil senyum atau meletakkan tangan kanan di bahagian atas dada kiri. 😊

Kongsikan Artikel Ini: