Mei 18, 2023
Apa akan saya lakukan jika saya di Mesir ??
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

1. Saya akan tidur sebelum 10.00 pm kerana10.00 pm di Mesir ialah midnight.

Mana taknya, matahari terbenam jam 5.30 pm. Jika saya tidur jam 12.00 pm, ibarat seperti saya tidur jam 2.00 am di Malaysia.

Kesan buruknya ialah saya akan tidur semula selepas subuh dan bangun lewat.

2. Saya cuba sesuaikan diri dengan selera makanan orang Mesir. Kalau berjaya, jimat banyak la 😊

3. Saya akan ambil gambar2 signboard yg terdapat di gerbang2 perimis dan juga jalan raya. Saya cuba mencari padanannya dalam bahasa Melayu atau English.

4. Saya akan catat setiap tajuk2 akhbar dan cari padanannya dalam bahasa Melayu. Saya akan kumpul brosur2 iklan untuk dicarikan padanan ayat atau perkataannya dalam bahasa Melayu.

5. Saya akan jadikan telinga saya sebagai recorder. Apa sahaja yang didengari akan disimpan dan dicari padanannya dalam bahasa Melayu atau English. Misalnya “sssssssss”, iaitu bunyi minta laluan. Ya mama, ya papa, panggilan manja untuk kanak2 atau anak2 kecil.

6. Saya akan melepak dengan rakan2 Arab, berbual, bercerita, berkongsi pengalaman, berkongsi suka & duka dll.

7. Saya akan belajar sebanyak mungkin masakan Arab 😊

8. Saya akan sentiasa ingat yang ayah dan ibu saya di kampung sedang berhempas pulas mencari wang untuk dihantar kepada saya di sini. Ibu dan ayah sedang berbangga dengan saya di hadapan rakan taulan mereka. Ibu ayah saya sudah bersusah untuk kesenangan saya di sini.

9. Saya tidak akan buang masa saya dengan tidur, whatsapp, berjaulah sana dan sini.

10. Saya tidak akan habiskan wang untuk membeli kitab itu dan ini semata2 kerana orang lain membelinya.

11. Saya akan study terlebih dahulu sebelum membeli sesebuah buku. Study dari sudut keperluan masa panjang.

12. Saya tidak akan tidur selepas subuh. Saya hadkan masa study pada waktu malam.

13. Saya akan luangkan 5 kali sehari di Masjid berdekatan rumah. Alhamdulillah, terlalu banyak masjid di Mesir.

14. Setiap kali saya melangkah keluar dari rumah, maka pelajaran saya bermula di situ. Sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju, saya akan pastikan maklumat bahasa saya bertambah setiap hari. Biar sikit, tapi setiap hari.

Kongsikan Artikel Ini: