Jika kita ingin nafikan kaitan seseorang dengan sesuatu, kita boleh nyatakannya dengan cara mengajukan soalan berikut:
مَا دَخْلُكَ بالمَوضُوع؟
Ayat ini nampak macam kita bertanya. Tapi sebenarnya kita nak cakap, “Engkau tak ada kena mengena dengan tajuk ini, diam !” 😊
Kalau tiba-tiba seseorang yang tidak tahu hujung pangkal datang menyibuk dalam sesebuah perbualan, kita boleh berkata :
مَا دَخْلُهُ بالموضوع؟
“Apa kaitannya dengan tajuk ini?” Maksud lain yang lebih mudah, “Apa hal dia ni?! Tetiba sahaja. Padahal dia tak ada kaitan pun.”
………………………………………………………………………….
Kalimah دَخْل adalah masdar kepada دَخِلَ يَدْخَلُ. Bukan masdar kepada fiil دَخَلَ يَدْخُل yang bermaksud ‘masuk’.