Dalam bahasa Arab fusha (standard) kita kata :
مَاذَا تُرِيدُ؟
Untuk maksud yang sama orang Arab juga guna :
اِيشْ تِبْغَى orang Saudi
عَايِز اِيه orang Mesir
شُو بِدَّك orang Syam
Itu sahaja yang terlintas di fikiran saya sekarang. Saya pasti ada lagi yang lain. Sahabat-sahabat boleh kongsikan di ruangan komen mengikut pengalaman masing-masing semasa belajar dulu. Mesti pelajar yang belajar di Magribi, Sudan, Yaman dan lain-lain ada pengalaman yang berbeza.