Jun 10, 2023
Apakah maksud بليغ?
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Apa maksud بليغ? (bukan بالغ)

Bila disebut بليغ maknanya orang itu mempunyai kosa kata dan pola ayat bahasa Arab yang cukup untuk mengungkapkan apa sahaja yang terdapat di dalam fikirannya tanpa had dan batas serta bijak menilai keadaan sekeliling.

Untuk sampai ke situ caranya adalah banyak membaca buku-buku seperti:

البيان والتبين / البخلاء / الحيوان / كلها للجاحظ

أدب الكاتب لابن قتيبة

كليلة ودمنة / ورسائل لابن المقفع

النوادر للقالي

مؤلفات محمود شاكر

ديوان الحماسة لأبي تمام

dll.

Dengan membaca buku-buku di atas, InsyaAllah dengan sendirinya kosa kata dan pola ayat bahasa Arab akan terbentuk di dalam diri sekaligus memberikan kita kemampuan yang tinggi untuk mengungkapkan apa sahaja menggunakan bahasa Arab.

Kemampuan ini tidak datang dengan cepat. Ia perlukan masa. Tapi usaha ini perlu berterusan. Pengalaman saya membaca buku-buku ini adalah pada mulanya halaman kamus yang dibuka jauh lebih banyak dari halaman buku-buku itu sendiri. 😄

Jangan silap dengan menyangka kitab-kitab balaghah akan jadikan anda seorang baligh (بليغ). Tidak sesekali!

Tapi sebelum itu, ketahui kemampuan dan nilai diri terlebih dahulu. Belajar dulu macam mana nak kata,

“Nasi sudah masak ke belum?”

Bila dah OK, barulah buat langkah seterusnya.

Ilmu Balaghah yang kita pelajari paling jauh pun akan jadikan kita tahu pelajaran-pelajaran dalam ilmu balaghah dan membantu kita untuk menilai hasil seni bahasa orang lain.

Kongsikan Artikel Ini: