1. Perkataan مُفْلِس berasal daripada فَلْس, iaitu wang tembaga. Terdapat tiga jenis wang yang digunakan pada zaman dahulu, iaitu:
(a) Dinar (دِينَار) : wang emas
(b) Dirham (دِرْهَم) : wang perak
(c) Fasl (فَلْس ) : wang tembaga
Diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a :
وكَانَ رُبْعُ الدِينارِ يومئذٍ ثلاثةَ دَراهمَ والدِّينارُ اثني عشر درهمًا – رواه أحمد في مسنده
“Suku dinar pada hari itu adalah 3 dirham dan satu dinar 12 dirham.”
2. Nilai dinar lebih besar berbanding dirham seperti yang dapat dilihat dalam rekod Aisyah r.a di atas dan dirham pula jauh lebih besar berbanding fals. Fals ini ibarat sen. Apabila orang Arab berkata أَفْلَسَ الرَّجُلُ, maksudnya ialah:
“Lelaki itu memiliki wang-wang tembaga berbanding wang emas dan perak yang dimilikinya dahulu”.
Dari perkataan فَلْس inilah datangnya perkataan مُفْلِس.
أَفْلَسَ – يُفْلِسُ – إفْلَاسًا فهُو مُفْلِس
Jika dulu dia memiliki wang emas dan perak, tapi sekarang hanya tinggal wang tembaga.
3. Pada hari ini perkataan فَلْس digunakan untuk maksud wang secara umum. Jamaknya فُلُوس.