“pernah … sebelum ini”

Bagaimana hendak membina ayat “pernah … sebelum ini”? Mari kita lihat petikan buku ‘BAHASA ARAB PRAKTIKAL’ karya Ustaz Ashafizrol Ab Hamid 🙂 Tulisan Hitam : Arab Baku Tulisan Biru : Dialek Mesir

“Aku layan dia sahaja” dalam bahasa Arab

“Aku layan dia sahaja”. (Ikut sahaja tanpa membantah). Buku nota perbualan bahasa Arab ini saya tulis semasa saya bercuti di Langkawi. Suatu hari tu saya terlihat seorang pemandu pelancong terkial-kial nak cakap “layan ja, jangan ambil peduli sangat” dalam bahasa Arab. Kalau dalam dalam bahasa pasar kita kata مَشِّيهِ. Balik ke bilik saya terus ambil […]

Ungkapan “Bagi saya..” dalam bahasa Arab

Bagaimanakah ungkapan ‘pada saya / bagi saya’ diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dalam konteks seperti ayat: a) Persoalan ini pada / bagi saya sudah pun selesai. b) Dia pada / bagi mereka hanya bahan ketawa. Jawapan: Dalam konteks seperti ini, iaitu mengkhususkan sesuatu tanggapan, pendapat, pandangan atau prihal kepada pihak tertentu, kita boleh gunakan perkataan […]

Nota Bahasa Arab | لا مُشْكِلَة

1. Ayat لا مُشْكِلَة bermaksud “tidak ada masalah / no problem”. Struktur lain yang membawa maksud yang hampir sama ialah: لَيْسَ عِنْدي مُشْكِلَة Aku tidak ada masalah لَيْسَ هُناكَ مُشْكِلَة Tidak ada masalah لا مُشْكِلَةَ لَدَيَّ Aku tidak ada masalah لَيْسَ فِيهِ إشْكَالٌ Tidak ada apa-apa masalahnya padanya لا تُوجَدُ مُشْكِلَة Tidak ada masalah لا […]

Nota Bahasa Arab | Throwback 😊

Padanannya dalam bahasa Arab ialah ذِكْرَيَات. Maksudnya ”mengimbau kenangan lepas”.  Contohnya : 1. Dah jadi kenangan silam / Tinggal kenangan sahaja صَارتْ ذِكْرَيَات 2. Kenangan manis / indah yang tak dapat dilupakan ذِكْرَيَات جمِيلة لا تُنْسَى 3. Semua ini akan jadi kenangan هذه كُلُّها سَتُصْبِحُ ذِكْرَيَاتٍ #ذكريات #Throwback

“Apa kamu mahu?” dalam dialek Arab 😊

Dalam bahasa Arab fusha (standard) kita kata : مَاذَا تُرِيدُ؟ Untuk maksud yang sama orang Arab juga guna : اِيشْ تِبْغَى  orang Saudi عَايِز اِيه orang Mesir شُو بِدَّك orang Syam Itu sahaja yang terlintas di fikiran saya sekarang. Saya pasti ada lagi yang lain. Sahabat-sahabat boleh kongsikan di ruangan komen mengikut pengalaman masing-masing semasa […]

Nota Bahasa Arab | تَسْمَعُنِي

1. Perbualan telefon di antara Ahmad dan Ali. Suara Ahmad terputus-putus menyebabkan Ali tidak dapat dengar dengan baik. Ahmad : Aa….kkkk… ku ……. Tiiiii……..dak Ali : Hello, hello, hello Ahmad : Ya, aku di sini. Engkau dengar tak? Dalam hantaran ini saya nak kongsikan bagaimana orang Arab cakap “Engkau dengar tak” tu. Biasanya mereka tidak […]

Nota Bahasa Arab | Perkataan عَرَبِيَّة di Mesir bermaksud kereta

Jangan keliru jika anda berada di Mesir dan terdengar seseorang berkata, رَاكِنْ عَرَبِيَّتَكْ فِين؟؟ Jangan keliru dengan perkataan عَرَبِيَّة di situ. Maksud mereka adalah “kereta”, bukan bahasa Arab. Orang Arab panggil kereta عَرَبِيَّة. Disebabkan perkataan عَرَبِيَّة di Mesir sangat sinonim dengan kereta, maka apabila nak merujuk kepada Bahasa Arab mereka akan sebut العَربِيّ. Contohnya: كَلِّمْني […]

Nota Bahasa Arab | Apakah maksud نُحُور dalam doa اللهم إنا نجعلُك في نُحورِهم dan terjemahan doa tersebut

“Ya Allah kami letakkan kekuasaan-Mu di depan dada-dada musuh kami” Bagaimana terjemahan ini dihasilkan? Lihat prosesnya. Kata Ibn al-Malak al-Rumi (w:854H) di dalam kitab شرح مصابيح السنة للإمام البغوي jld 2 hal 202: جمع نَحْر، وهو الصَّدر؛ أي: نجعلُكَ حِذاء أعدائِنا حتى تدفعَهم عنّا، وخصَّ النَّحر؛ لأنَّ العدوَّ يستقبِلُ بنحره عند القتال “Perkataan نُحُور adalah […]

Nota bahasa Arab | Perbezaan di antara حُمُر dan حَمِير

Firman Allah swt : كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُّسْتَنفِرَةٌ، فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍ – المدثر : 50 “Mereka bagaikan kuda belang yang lari menyelamatkan daripada singa.” Firman Allah swt : وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ – لقمان : 19 “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk […]