Mac 19, 2023
‘Bagi saya / Pada saya..’ dalam bahasa Arab
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

INFO BAHASA ARAB

Bagaimana nak cakap “bagi saya.. / pada saya…” dalam bahasa Arab ?

JAWAPAN :

1. Kita ada beberapa frasa yang boleh digunakan untuk maksud tersebut. Antara yang popular dalam kalangan orang Melayu adalah بالنِّسبَة لِي.

2. Tapi dalam hantaran ini saya ingin kongsikan frasa lain yang kerap digunakan oleh orang Arab dan membawa maksud yang sama, iaitu عِنْدِي. Contohnya :

هُوَ عِنْدِي أَفْضَلُ مِنْ غَيْرِهِ

Bagi saya dia lebih baik daripada yang lain.

هَذَا عِنْدِي سَهْلٌ

Ini bagi saya mudah.

سَهْلٌ عِنْدَك

Bagi engkau mudah.

هُوَ صَعْبٌ عِنْدِي

Ia susah bagi aku.

Kongsikan Artikel Ini: